SUARA BEBAS TUARAN

Makkal Sakti Sekadar Tekanan Kepada MIC?

Labels:

Pelancaran parti politik, Makkal Sakti, pada Sabtu ini menimbulkan tanda tanya dalam kalangan masyarakat India tentang kemungkinan wujudnya agenda tertentu di sebalik penubuhannya.
  • Lantas reaksi orang ramai, terutamanya kaum India, ialah sama ada Makkal Sakti akan menjadi parti alternatif atau sekadar mahu mendorong perubahan dalam MIC yang sejak 63 tahun lepas mewakili komuniti itu.
  • Dr S Sivamurugan, penganalisis politik di Fakulti Sains Sosial, Universiti Sains Malaysia (USM), berpendapat penubuhan parti politik baru seperti Makkal Sakti tidak boleh dianggap sebagai parti alternatif kepada MIC.
  • "Tak mungkin ada parti dapat menggantikan MIC tetapi Makkal Sakti boleh menjadi parti alternatif bagi menyelesaikan masalah kaum India yang gagal ditangani oleh MIC," katanya.
  • Sivamurugan berkata Makkal Sakti boleh berfungsi sebagai platform untuk memujuk dan mengumpulkan parti komponen India lain seperti Barisan Progresif India (IPF) dan Parti Progresif Penduduk (PPP) yang enggan bekerjasama dengan MIC tetapi menyokong Barisan Nasional, agar dapat menyumbang kepada kemajuan masyarakat India.
Sumber: mStar
0 comments:

Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails