
Mayat mangsa ketiga dan terakhir yang dihanyutkan arus deras apabila jambatan gantung yang digunakan untuk menyeberang Sungai Kampar di sini runtuh Isnin lalu ditemui hari ini.
- Ketua Polis Daerah Kampar Supt Aziz Yusof berkata mayat Diryasree a/p Vasudevan, 12, pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Gopeng ditemui pada pukul 10.45 pagi tadi berhampiran Tronoh Mine, Sungai Kinta, 25 km dari tempat kejadian.
- Mayat mangsa yang ditemui terapung oleh pasukan penyelamat telah dibawa ke Hospital Kampar untuk bedah siasat, katanya di sini hari ini.
- Dengan itu, Operasi mencari dan menyelamat berikutan kejadian jambatan gantung runtuh di Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang di sini Isnin lalu, ditamatkan hari ini ekoran penemuan mayat mangsa kedua dan ketiga pada malam tadi dan pagi ini.
- Mayat mangsa kedua. M. Devatharsini, 11, ditemui oleh anggota Rela di Kampung Tanjung Tualang pada pukul 11.30 malam tadi.
- Manakala mayat mangsa ketiga, V. Diryasree, 12, dijumpai di persimpangan Sungai Chenderiang, Tronoh Mines dekat Batu Gajah pada pukul 9.45 pagi ini.
- Kelmarin, mayat mangsa pertama, N. Dina Deve, 11, dijumpai di jalan lama Kuala Dipang pada pukul 8.40 pagi.



Post a Comment