SUARA BEBAS TUARAN

Mayat Tidak Reput Selepas 30 Tahun


gambar hiasan
Tiga penggali kubur tergamam selepas menemui mayat lelaki dipercayai berusia kira-kira 30 tahun yang tidak reput ketika urusan pengebumian jenazah seorang wanita di Tanah Perkuburan Islam Tok Paduka di Kangar, Perlis, pagi kelmarin.
  • Malah, mayat lelaki itu didapati lengkap dengan kain kapan yang masih dalam keadaan baik dan tidak terjejas walaupun kerandanya sudah hancur.
  • Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Bakau, Encik Ismail Hashim, berkata usia mayat itu diagak berdasarkan keranda kayu yang sudah pun reput ketika kubur itu ditemui.
  • Menurutnya, kubur itu ditemui penggali kubur, Encik Desa Sulaiman, 74 tahun, bersama dua rakannya, Encik Mohd Hafiz Abdan, 20 tahun, dan Encik Mohd Azlisham Mat Taib, 30 tahun, ketika kerja penggalian liang lahad, kira-kira 11.30 pagi.
  • 'Seluruh tapak kubur ini sudah dua kali ditambun dengan tanah. Kali terakhir hampir 10 tahun lalu. Berdasarkan faktor itu dan melihatkan keranda yang sudah hancur, saya percaya mayat itu berusia kira-kira 30 tahun,' katanya.
  • Encik Desa berkata, mayat itu ditemui ketika dia bersama dua rakannya menggali liang Cik Zaleha Murad, 53 tahun, yang meninggal dunia pada malam Sabtu lalu.
  • 'Oleh itu, pengebumian arwah Zaleha agak lewat sedikit kerana saya dan rakan perlu menguruskan mayat tidak reput itu untuk dikebumikan semula.
  • 'Daripada pengamatan saya, mayat lelaki itu dikebumikan kira-kira pada 1970-an,' kata beliau.
Sumber: Harian Metro.
0 comments:

Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails