SUARA BEBAS TUARAN

MCA Boleh Selesaikan Sendiri Krisis Dalaman

Labels:

Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat berkata parti berusia 60 tahun itu berupaya menyelesaikan masalah dalamannya sendiri menerusi mekanisme parti, memberikan isyarat bahawa beliau tidak mahu "campur tangan" pihak luar bagi menyelesaikan krisis berkenaan.
  • Sambil menyatakan bahawa parti komponen kedua terbesar Barisan Nasional itu kini berada di persimpangan, beliau memberi jaminan bahawa beliau akan melakukan yang terbaik demi kepentingan parti.
  • Dalam nukilan tiga para di laman blognya, Menteri Pengangkutan yang bercuti empat hari sejak Ahad, berkata krisis yang dihadapi MCA pada masa ini adalah perkara biasa yang berlaku dalam mana-mana organisasi yang mahukan perubahan dan pembaharuan, terutamanya bagi menghapuskan amalan lapuk dan yang tidak dapat diterima.
  • "Kami boleh sama ada berubah atau terus berhadapan dengan ketidaktentuan. Kami perlu melihat kepada apa yang telah berlaku dan belajar daripadanya. Akhirnya, kami berharap parti akan menjadi lebih bijak dan matang," katanya.
  • Kelmarin, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyarankan bahawa kepimpinan tertinggi Barisan Nasional boleh campur tangan dan membantu menyelesaikan krisis parti itu.
  • Pada mesyuarat agung luar biasa (EGM) Sabtu lepas, 2,304 anggota perwakilan pusat meluluskan usul undi tidak percaya terhadap Ong dengan 1,155 undi.
Sumber: mSatar
0 comments:

Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails