SUARA BEBAS TUARAN

MCA Tidak Perlu Adakan EGM Kedua

Labels:

Timbalan Presiden MCA yang baru Datuk Seri Liow Tiong Lai pada Sabtu berkata parti itu tidak perlu mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) kali kedua untuk menentukan kedudukan presiden Datuk Seri Ong Tee Kiat.
  • Beliau berkata MCA mempunyai kaedah tersendiri untuk menyelesaikan kemelut yang berbangkit dalam parti itu termasuk perbincangan di peringkat Jawatankuasa Pusat (CC).
  • Katanya sehubungan itu Jawatankuasa Pusat MCA akan bertemu dengan Ong untuk menasihati beliau supaya tidak mengadakan EGM kedua kerana ia tidak dapat menyelesaikan masalah MCA.
  • "Perwakilan MCA sudah memberi pandangan mereka (pada EGM lepas) dan oleh itu, kami rasa mereka akan menghormati keputusan EGM, dan mahu melihat CC menghormati keputusan itu. Kami akan mencari jalan yang paling baik untuk menyelesaikan masalah ini. Bagi kami di CC, parti masih ada ruang untuk menyelesaikan masalah," katanya kepada pemberita semasa menghadiri rumah terbuka Deepavali MIC di Pusat Dagangan Dunia Putra , Sabtu.
  • Ditanya mengenai dakwaan bahawa ada pihak yang memungut tanda tangan untuk mendesak Ong berundur, Liow menafikan perkara itu.
  • "Tanda tangan itu bukan mendesak dia (Ong) meletak jawatan. Mereka cuma mahukan saya berbincang dengan presiden dan mewakili pandangan mereka. Kami sebenarnya merayu kepada presiden untuk mendengar beberapa pandangan anggota CC," katanya.
  • "Saya rasa apa yang paling penting ketika ini ialah supaya parti bersatu padu dan tetapkan hala tuju parti," katanya.
  • Sementara itu Liow turut memuji ucapan Perdana Menteri yang juga Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak pada akhir perhimpunan agung Umno semalam, yang menurutnya dapat membangkitkan semangat anggota Umno dan parti komponen Barisan Nasional lain.
Sumber: BERNAMA
0 comments:

Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails