
Mantan pengarah Suruhjaya Pembasmian Rasuah (KPK) Indonesia, Encik Antasari Azhar, 56 tahun, semalam didakwa dengan pertuduhan mendalangi pembunuhan pengarah syarikat pemerintah yang menjadi saingan beliau dalam satu cinta segi tiga.
Sumber: AP
- Encik Antasari ditahan 4 Mei lalu, dua bulan selepas pengarah syarikat farmaseutikal, PT Putra Rajawali Banjaran, Encik Nasrudin Zulkarnaen, ditembak mati. Sejak itu beliau berada dalam tahanan polis.
- Encik Nasrudin ditembak menerusi tingkap keretanya oleh dua lelaki bersenjata yang menunggang motosikal, sebaik saja beliau meninggalkan sebuah padang golf di pinggir ibu kota Jakarta.
- 'Saya membantah semua pertuduhan,' kata Encik Antasari kepada Mahkamah Daerah Jakarta Selatan semalam.
- Pihak pendakwaan berkata pembunuhan Encik Nasrudin pada 15 Mac lalu itu ada kaitan dengan cinta segi tiga melibatkan kedua-dua lelaki itu dengan seorang kedi golf berusia 22 tahun, yang merupakan isteri ketiga Encik Nasrudin.
- Encik Antasari memberitahu pemberita di luar mahkamah bahawa beliau tidak terlibat dalam pembunuhan Encik Nasrudin, yang juga bekas saksi KPK.
- Menurut Encik Antasari, penangkapan beliau merupakan kempen bagi mencemar nama baiknya. Ia sebagai tindak balas kerana beliau menyumbat ramai pegawai berpangkat tinggi ke dalam penjara.
- 'Saya akan dedahkan semuanya. Pada hari beliau (Encik Nasrudin) dibunuh, saya berada di Australia,' tegasnya.
- Lapan suspek lain dalam kes bunuh itu termasuk seorang pegawai polis berpangkat kolonel, seorang pemilik akhbar, seorang ahli perniagaan dan lima orang yang dikatakan terlibat secara langsung melakukan tembakan.



Post a Comment