
Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan Jawatankuasa Pusat (CC) MCA perlu membuat keputusan berdasarkan kepada resolusi yang telah diputuskan oleh perwakilan pada mesyuarat agung luar biasa (EGM) parti itu semalam.
Sumber: Utusan
- Perdana Menteri berkata, kepimpinan MCA perlu membuat keputusan segera bagi membaik pulih dan mengembalikan keyakinan ahli serta masyarakat terhadap parti tersebut.
- ‘‘Saya percaya dan yakin kepimpinan MCA telah mengambil iktibar daripada keputusan EGM semalam yang merupakan badan tertinggi dalam mana-mana struktur parti, setiap keputusan yang bakal dibuat CC MCA nanti perlu berlandaskan keputusan dalam EGM tersebut. Keputusan EGM yang merupakan pembuat dasar tertinggi mesti menjadi asas kepada penyelesaian kepimpinan, saya percaya dan yakin pemimpin-pemimpin parti itu tahu apa yang perlu dibuat dalam meletakkan kembali kredibiliti di dalam MCA,” katanya.
- EGM MCA semalam menerima usul undi tidak percaya terhadap Presiden parti, Datuk Seri Ong Tee Keat, menyokong usul untuk menerima semula Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek sebagai anggota parti dan menolak usul mengembalikan Soi Lek sebagai Timbalan Presiden parti.
- Najib menegaskan, keputusan EGM MCA itu perlu dihormati dan sebarang tindakan yang perlu dibuat perlu berasaskan kepada kebijaksanaan meletakkan kepentingan Barisan Nasional (BN) dan MCA di atas segala kepentingan lain.



Post a Comment