SUARA BEBAS TUARAN

Ong , Terus Pegang Jawatan Sebab Banyak Urusan Yang Belum Beliau Selesaikan.


Jawatankuasa Pusat MCA hari ini memilih Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai sebagai timbalan presiden yang baru manakala dalam perkembangan yang sama, Datuk Seri Ong Tee Keat, masih terus memegang jawatan itu dengan alasan beliau mempunyai banyak urusan yang belum diselesaikan.
  • Bagaimanapun Tee Keat telah mengarahkan setiausaha agung parti Datuk Wong Foon Meng untuk memanggil satu lagi mesyuarat agung luar biasa (EGM) bagi membuat keputusan sama ada perlu satu pemilihan baru kepimpinan parti itu diadakan atau tidak.
  • "Saya masih mempunyai banyak urusan melibatkan parti dan kepentingan awam yang belum selesai, seperti pemilihan kepimpinan MCA dan isu Zon Bebas Pelabuhan Klang.Harapan saya ialah isu-isu ini dapat diselesaikan tanpa gangguan yang mendadak," kata Ong dalam laman blognya sebaik saja Jawatankuasa Pusat parti itu menamatkan mesyuarat lima jam di Wisma MCA di sini hari ini.
  • Tee Keat berkata, beliau menggunakan peruntukkan di bawah Artikel 30.1 Perlembagaan MCA bagi menentukan sama ada parti patut mengadakan pemilihan baru untuk jawatankuasa pusat atau sebaliknya.
  • "EGM yang diadakan itu akan dapat memberi laluan kepada para perwakilan untuk mengakhiri jalan buntu sama ada jawatankuasa pusat patut mendapatkan mandat baru," katanya.
  • Tee Keat terus berdepan dengan gesaan supaya meletakkan jawatan selepas perwakilan mesyuarat agung luar biasa MCA meluluskan usul tidak percaya terhadap beliau lima hari lepas.
Sumber: mStar
0 comments:

Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails