
Para pelajar perubatan Malaysia dari Universiti Andalas (Unand) Padang, Sumatera Barat yang terjejas teruk akibat gempa bumi beberapa minggu lalu akan berhimpun di Universiti Putra Malaysia (UPM) pagi Isnin ini untuk mendengar taklimat khas mengenai masa depan mereka.
Sumber:mSatar
- Sebahagian besar daripada mereka juga akan menjalani sesi temuduga dengan Institusi-institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) Malaysia bertempat di Dewan Fakulti Perubatan UPM pada jam 10.45 pagi untuk proses penempatan semula mereka di sini.
- Pelajar-pelajar yang akan ditemuduga untuk penempatan semula di IPTS Malaysia adalah terdiri daripada pelajar-pelajar tahun satu, dua dan tiga.
- Kabinet Rabu lalu telah membuat keputusan untuk menasihati pelajar-pelajar tahun satu, dua dan tiga pengajian perubatan Malaysia di Unand supaya meneruskan pengajian mereka di IPTS tempatan. Manakala pelajar-pelajar tahun empat dan lima dan mereka yang sedang menjalani latihan klinikal pula dinasihati supaya menamatkan pengajian mereka di Unand.
- Keseluruhannya terdapat 313 pelajar perubatan Malaysia di Unand. Daripada jumlah itu, 16 penuntut sedang mengikuti kursus asasi, tahun pertama (45), tahun kedua (44), tahun ketiga (65), tahun keempat (53), tahun kelima (55) dan klinikal (35).
- Sesi temuduga Isnin diadakan dengan kelolaan Jabatan Pengajian Tinggi Malaysia (JPT) dengan kerjasama IPTS.
- Di antara IPTS yang bersetuju untuk menerima pelajar-pelajar Malaysia di Unand ialah International Medical University (IMU), Allianze College of Medical Sciences, University College Sedaya International (USCI), UniKL-Perak Royal College of Medicine, Kolej Universiti Mahsa, Management and Science University (MSU), Melaka Manipal Medical College dan Asian Institute of Medicine, Science and Technology (AIMST).



Post a Comment