SUARA BEBAS TUARAN

PAS Akui Hilang Sokongan Bukan Melayu Kerana Parti Baru

Labels:

Setiausaha Agung Parti Islam SeMalaysia (PAS), Datuk Mustafa Ali, mengakui bahawa penubuhan parti baru kaum India, Makkal Sakthi, telah menyebabkan PAS kehilangan sokongan kaum bukan Melayu dalam pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang baru-baru ini, demikian lapor sebuah laman berita dalam talian tempatan semalam.
  • Dalam kekalahan pertama pilihan raya kecil parti itu sejak pilihan raya umum Malaysia pada 8 Mac tahun lalu, calon PAS, Encik Zukefly Omar, ditewaskan dengan majoriti 5,435 undi oleh calon Barisan Nasional (BN)-Umno, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.
  • Pada Mac tahun lalu, Umno memenangi DUN Bagan Pinang dengan majoriti 2,333 undi. Parti Islam itu juga tewas dalam semua 19 aliran undi. Ia memenangi lima aliran undi pada pilihan raya 2008, empat daripadanya dalam kawasan yang sebahagian besarnya didiami penduduk bukan Melayu.
  • 'Secara tidak langsung, Makkal Sakthi menjejas penguasaan undi bukan Melayu kami, di samping pengumuman bahawa parti itu menyokong BN,' kata Datuk Mustafa dalam satu wawancara dengan laman berita The Malaysian Insider.
  • Parti Makkal Sakthi, yang diketuai bekas pemimpin Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf), Encik R.S. Thanenthiran, dilancarkan semasa kempen pilihan raya kecil Bagan Pinang oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.
  • Ia disifatkan oleh para pengamat politik setempat sebagai satu usaha Datuk Seri Najib mendapatkan 'rakan parti' kaum India baru selepas sokongan kaum tersebut terhadap Kongres India Malaysia (MIC) mulai terhakis.
  • 'Kami tidak boleh mengetepikan mereka. Mereka telah mengurangkan sokongan terhadap Pakatan Rakyat (PR), bukan saja PAS,' kata Datuk Mustafa semasa membentangkan dapatannya berikutan kekalahan PAS di Bagan Pinang itu.
  • Datuk Mustafa berkata beliau juga sedar mengenai dakwaan bahawa ramai ahli Parti Makkal Sakthi terdiri daripada anggota kelab penyokong PAS.
  • Apabila ditanya sama ada PAS akan mempercepatkan langkah merasmikan peranan penyokong bukan Islamnya dalam parti itu, Datuk Mustafa berkata hal itu masih diteliti secara berhati-hati.
  • 'Penyokong utama PAS masih lagi kaum Melayu. Perbincangan sama ada kami akan mempunyai keanggotaan penuh penyokong atau tidak perlu menimbangkan faktor ini iaitu adakah ia akan menjejas kumpulan utama ini,' jelasnya sambil menambah bahawa pembentukan cabang bukan Islam dalam PAS sedang dirancang.
  • Datuk Mustafa, bagaimanapun, menolak andaian bahawa pelbagai kontroversi yang membabitkan ketua PAS Selangor, Datuk Hasan Ali, telah menjejas usaha kempen parti itu dalam kawasan-kawasan penduduk India.
Sumber: Cyberita
0 comments:

Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails