SUARA BEBAS TUARAN

Pelajar Malaysia Terpaksa Sambung Pengajian Di Padang


"Tiada pilihan lain, kami terpaksa pulang ke Padang kerana sudah membuat pelaburan yang tinggi" itulah katakata dari segelintir penuntut Malaysia yang terpaksa pulang ke Padang selewat-lewatnya 19 Oktober ini bagi meneruskan pengajian mereka dalam bidang Perubatan di Universiti Andalas, (Unand).
  • Menambah kemungkinan itu, melalui laporan Bernama pada Khamis (8 0ktober), Timbalan Dekan Unand, Prof Dr Eryati Darwin berkata 323 penuntut Malaysia yang mengikuti pengajian di situ diminta melapor diri 15 Oktober atau selewat-lewatnya 19 Oktober ini.
  • Malah, apa yang menyebabkan keputusan para penuntut ini lebih memihak untuk pulang ke Padang, apabila Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, selepas mempengerusikan mesyuarat pasca-kabinet kementeriannya, berkata keputusan terakhir sama ada para penuntut ini mahu kembali ke Padang atau hanya menyambung pengajian di sini tertakluk kepada pilihan mereka sendiri.
  • Bagi penuntut tahun keempat bidang Perubatan di Unand, Suresh Rao Sandubaboo, 23, faktor 'terikat' dengan biasiswa dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menyebabkan beliau terpaksa memperjudikan nyawa di Padang.
  • Katanya, bukan tidak mahu menyambung sahaja pengajian di sini, namun pilihan itu memerlukannya melalui prosedur yang terlalu rumit.
  • "Kalau nak sambung sahaja pelajaran di sini, saya dah banyak menghabiskan duit keluarga dan biasiswa semasa menuntut di Padang, lebih-lebih lagi proses untuk masuk ke kolej baru di sini amat rumit, termasuklah terpaksa membayar yuran baru," katanya sayu ketika dihubungi Bernama, baru-baru ini.
  • "Saya kini berada di semester empat di Unand, jika hendak sambung belajar di sini, kebiasaannya sukar untuk melalui proses pemindahan kredit. Sayang, sebab mana ada kolej di Malaysia yang mahu sambung semester lima terus," katanya.
  • Ketika ditanya tentang persiapan untuk kembali ke sana, Suresh kini lebih mementingkan persediaan mental dari fizikal.
Sumber: Bernama
0 comments:

Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails