
TEMPAHAN awal untuk tiket konsert 'Michael Jackson (MJ)'s This Is It: Discover The Man You Never Know' mendapat sambutan menggalakkan dari peminat-peminat Raja Pop dunia itu.
Sumber: mStar
- Konsert Michael Jackson mula ditayangkan hari ini di pawagam-pawagam tertentu seperti Signature GSC, Cathay Cineplexes dan TGV KLGCC & TGV Sunway, di seluruh negara.
- Filem ini akan ditayangkan selama dua minggu saja.
- Tiket-tiket untuk konsert terakhir Michael Jackson ini mula ditempah mulai 15 Oktober.
- Menurut sumber di pawagam Golden Screen Cinema (GSC), MidValley Megamall hari ini mendapati orang ramai sanggup beratur panjang semata-mata untuk membeli tiket tersebut. Ada juga yang sanggup mengambil cuti untuk membeli tiket.
- Dan waktu tinjauan dibuat ialah sekitar pukul 3 petang, hari bekerja. Secara rambang, daripada 10 orang yang beratur, tujuh orang daripada mereka, ingin membeli tiket untuk konsert 'This Is It' Michael Jackson.
- Sumber GSC MidValley memberitahu 40 peratus daripada tiket-tiket tempahan awal di pusat itu, telah laris dijual mulai 29 September hingga 11 Oktober lalu.
- Sementara itu, pekerja swasta, Suriati Salleh, 23 yang hadir bersama kawan-kawannya berkata, dia tidak ingin melepaskan peluang untuk menonton MJ beraksi buat kali terakhir.
- Katanya, MJ ialah idola yang sukar dicari ganti. "Saya ingin menyaksikan raptai terakhir MJ, sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir," katanya yang mengambil cuti hari ini untuk membeli tiket.
- Bagi pelajar kolej, Calvin Gan, 20, dia membeli tiket awal-awal lagi bagi memastikan dia tidak terlepas peluang sekiranya tiket habis dijual.
- Menurut Gan, dia merupakan peminat MJ sejak di bangku sekolah rendah lagi.
- Malah, dia tidak keberatan berbelanja lebih RM1 bagi setiap tiket bagi memastikan dia dapat menonton filem itu dalam versi 2D (dua dimensi).
- "Saya membeli enam tiket untuk seisi keluarga saya. Saya masih teringat bagaimana kami sekeluarga berjaga malam semasa upacara memperingati arwah Raja Pop itu di Staples Center baru-baru ini," katanya.
- Sementara itu, pesara Gobinath a/l Krishnan, 58 pula memberitahu, dia ingin menonton 'konsert terakhir' Raja Pop itu bersama isterinya.
- Gobinath, yang tinggal di Bangsar berkata, dia tidak keberatan untuk beratur panjang kerana ianya berbaloi.
- "Peluang menonton konsert terakhir MJ tidak sewajarnya dilepaskan begitu sahaja," katanya.



Post a Comment