SUARA BEBAS TUARAN

Perhimpunan Umno Bergilir Belum Sesuai Untuk Sabah

Labels:

Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Lajim Haji Ukin berkata, cadangan untuk mengadakan perhimpunan agung Umno secara bergilir di setiap ibu negeri perlu kajian mendalam terlebih dahulu sebelum dilaksanakan.
  • Katanya, bagi negeri Sabah ia amat sukar dan tidak relevan untuk dilaksanakan ketika ini, kerana ia memerlukan persediaan logistik yang lebih besar di samping memerlukan kos yang tinggi.
  • “Bagi negeri-negeri di Semenanjung mungkin ia dapat dilaksanakan kerana ahli-ahli perwakilan boleh menaiki bas untuk menghadiri perhimpunan yang dibuat di luar daripada Kuala Lumpur… tetapi bagi Sabah ia memerlukan penerbangan yang sudah pasti kos pengangkutannya terlalu mahal,” katanya ketika mengulas cadangan Pergerakan Pemuda Umno Sabah yang mahu Perhimpunan Agung Umno di bawa ke setiap ibu negeri secara bergilir-gilir.
  • Menurut Lajim, persidangan yang diadakan setiap tahun di PWTC tidak seharusnya dibawa keluar daripada Kuala Lumpur kerana PWTC adalah pusat dan ibu pejabat Umno yang bukan saja mempunyai kelengkapan serta kemudahan yang lebih baik tetapi juga dapat memberikan keselesaan kepada ahli-ahli Umno yang menghadiri persidangan itu.
Sumber: NST
0 comments:

Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails