SUARA BEBAS TUARAN

Rakyat Indonesia Bantah Tindakan Mahu Serang M'sia

Labels:

Sekumpulan rakyat Indonesia yang bekerja di negara ini mengadakan perhimpunan aman bagi membantah tindakan kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) yang mahu menyerang Malaysia baru-baru ini.
  • Perhimpunan selama 15 minit itu diadakan di hadapan Masjid Kayangan, Brinchang, di sini kira-kira 10.15 pagi kelmarin sebagai tanda sokongan rakyat Indonesia kepada Malaysia.
  • Kumpulan yang dianggotai lebih 15 orang itu membawa poster yang bertulis Kami Aman Di Malaysia, Kami Antiperang, Malaysia dan Indonesia Serumpun, SBY Pemimpin Terbaik, Yes Peace, Terima Kasih Pahang, Malaysia dan Terima Kasih Bantuan di Padang.
  • Wakil kumpulan tersebut, Encik Ahmad Thoyib Matsum, 50 tahun, berkata rakyat Indonesia di Malaysia tidak bersetuju dengan tindakan kekerasan, peperangan dan keganasan yang mahu dilakukan oleh kumpulan Bendera ke atas Malaysia.
  • 'Apa yang berlaku itu boleh diselesaikan secara mesyuarat dan bukannya melalui kekerasan.
  • 'Saya yang mewakili lebih 1,000 rakyat Indonesia di kawasan ini meminta rakan-rakan di negara ini supaya bertenang dan tidak terpengaruh dengan hasutan kumpulan Bendera,' katanya di sini kelmarin.
  • Sebuah kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai Bendera dikatakan bertekad untuk menyerang Malaysia pada 8 Oktober lalu.
  • Akhbar tempatan pada Isnin lalu melaporkan kumpulan Bendera, dipercayai terdiri daripada 300 warga Indonesia yang mempunyai ilmu kebal, akan menyerang Malaysia menerusi Pontianak dan Nunukan di Borneo.
  • Encik Ahmad Thoyib yang tinggal di negara ini sejak 20 tahun lalu berkata sebagai negara serumpun, Indonesia dan Malaysia boleh menyelesaikan masalah yang timbul itu dengan bijak.
  • 'Kita mahu aman di sini kerana kami mencari rezeki untuk keluarga di Indonesia dan kami tidak setuju dengan kumpulan Bendera mahu menyerang Malaysia,' katanya.
  • Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Timbalan Superintenden Wan Mohd Zahari Wan Busu, ketika ditemui berkata bantahan itu dilakukan secara spontan oleh kumpulan tersebut yang tidak berpuas hati dengan niat jahat kumpulan Bendera.
Sumber: Cy News
0 comments:

Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails