
Ketua ajaran sesat "Rasul Melayu", Abdul Kahar Ahmad hari ini meminta para pengikutnya yang terpengaruh dengan ajarannya yang salah daripada segi agama supaya insaf dan bertaubat serta melupakan ajarannya itu secara mutlak.
- Abdul Kahar berkata demikian menerusi satu kenyataan yang dibacakan oleh seorang daripada peguam yang mewakilinya Zulkifli Che Yong di Mahkamah Tinggi Syariah di sini sebelum beliau membentangkan hujah mitigasi anak guamnya yang mengaku salah ke atas lima pertuduhan pindaan di bawah Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995 pada 24 Sept lepas.
- Kesemua pertuduhan mengikut Seksyen 8 (a), 7 (1), 12 (c), 10 (b) dan 13 (1) enakmen itu memperuntukkan hukuman denda RM21,000 dan penjara maksimum 13 tahun serta sebatan.
- Antara pertuduhan itu ialah Abdul Kahar telah mengisytiharkan dirinya sebagai Rasul orang Melayu sedangkan pengisytiharan itu adalah palsu serta bertentangan dengan ajaran Islam.
- Dalam kenyataan yang ditandatangani tertuduh sebelum prosiding di mahkamah hari ini bermula, Zulkifli berkata Abdul Kahar juga mmenegaskan dia tidak akan menarik balik pengakuan bersalahnya ke atas lima pertuduhan itu.
- Dalam kenyataan itu, Abdul Kahar juga mengakui kesalahannya dan insaf serta telah bertaubat dan berharap taubatnya itu diterima Allah.
- Dia juga memohon maaf kepada semua orang Islam, pihakpihak berkuasa terutama Jabatan Agama Islam Selangor, pihak polis dan pihak penjara di atas kesilapan yang dilakukannya yang telah mencetuskan provokasi, keliruan dan fitnah terhadap agama Islam.



Post a Comment