SUARA BEBAS TUARAN

Remaja Didakwa Sebabkan Kebakaran Besar Di Masjid Singapura

Labels:

Seorang remaja lelaki yang dikatakan menyebabkan kebakaran besar di Masjid Kampong Siglap Singapura sehingga mengakibatkan kerugian lebih $1 juta telah didakwa di Mahkamah Juvenil pagi semalam.
  • Remaja berusia 14 tahun itu dituduh berkelakuan nakal sekitar 1.15 petang kelmarin dengan menyalakan api menggunakan pemetik api dan berniat melakukan kerosakan pada hartanah.
  • Remaja itu bagaimanapun tidak membuat sebarang pengakuan.
  • Ibu bapa remaja tersebut berada di mahkamah semasa perbicaraan semalam.
  • Pendakwa polis telah meminta agar remaja itu ditahan di Singapore Boys' Home bagi menjalani penilaian psikiatri.
  • Ketika ditanya Hakim Daerah Lim Keng Yeow jika mereka ada apa-apa untuk dinyatakan, ibu bapa remaja tersebut memilih untuk berdiam diri.
  • Kes remaja itu akan didengar lagi pada 14 Oktober.
  • Jika sabit kesalahan, remaja itu boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun dan didenda.
  • Kebakaran sekitar 2 petang kelmarin telah memusnahkan sebahagian dewan solat di tingkat satu dan dua masjid itu, antara masjid tertua di Singapura.
  • Api dipercayai bermula daripada rak-rak buku dalam dewan solat di tingkat dua masjid.
  • Semasa kejadian, terdapat sekitar 30 jemaah di dewan solat dan 120 murid prasekolah di bangunan Darul Quran Singapura dan kesemua mereka sempat melarikan diri.
  • Tiada kecederaan dilaporkan kecuali seorang jemaah, Haji Gunawan Ali, yang cedera setelah terjatuh dan telah diberikan rawatan pesakit luar di Hospital Besar Changi (CGH).
  • Hampir keseluruhan bumbung dewan solat masjid itu telah roboh, menyebabkan sebahagian besar dewan solatnya kini melopong.
  • Kepingan jubin dan struktur kayu daripada bumbung masjid berselerakan di lantai.
  • Selain itu beberapa bahan bacaan hangus terbakar. Beberapa naskhah Al-Quran turut terbakar.
  • Turut dibaham api ialah wayar dan kelengkapan elektrik seperti kipas angin, lampu, jam dan sistem bunyi yang cair di serata dewan solat tingkat satu dan dua masjid tersebut.
  • Menurut Ketua Pentadbir dan Operasi serta Pengurus Mutu Khidmat Masjid Kampong Siglap, Encik Eznillah Razali, kerja-kerja pembaikan semula akan dilakukan secepat mungkin dan dianggarkan memakan masa sembilan bulan.
  • Dua jurunilai daripada McLarens Young International juga sedang giat menjalankan penilaian dan mengambil gambar kemusnahan semalam.
  • Menurut Encik Mustapha Kamal, wakil insurans NTUC Income bagi masjid tersebut, anggaran penilaian kerosakan itu akan disiapkan dalam tempoh seminggu.
  • Beliau mengatakan bahawa Masjid Kampong Siglap mempunyai perlindungan insurans kebakaran yang lengkap.
Sumber Cyberita
0 comments:

Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails