SUARA BEBAS TUARAN

Sebuah Pemerintahan Islam Perlu Cekap Dan Adil - Dr Mahathir


Sebuah pemerintahan yang cekap dan adil yang diterajui oleh orang Islam perlu bertunjangkan kepada nilai-nilai Islam iaitu adil dalam semua perkara, bersih daripada rasuah, menghormati undang-undang serta prihatin kepada semua kaum.
  • Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata justeru, mendirikan pemerintahan yang baik apabila berkuasa amatlah penting untuk menentukan Islam berkembang dengan baik dan mereka yang bukan Islam tidak menjauhkan diri daripada orang Islam.
  • “Percayalah jika kita dapat dirikan pemerintahan seperti ini (nilai-nilai Islam), banyak manafaat akan diperoleh antaranya kefahaman tentang ajaran Islam akan meningkat di samping masyarakat lebih bersedia menerima saranan pemerintahan,” katanya.
  • Dr Mahathir, yang juga Yang Dipertua Perkim sejak 2006, berkata apabila pemerintahan orang Islam dicemar dengan kebengisan, penyalahgunaan kuasa, rasuah, kurang kecekapan dan penindasan terhadap orang lain, maka persepsi orang lain terhadap agama Islam juga akan menjadi buruk.
  • “Hari ini tidak ada satu pun negara Islam yang boleh ditakrif sebagai negara maju di dunia ini. Sekali lagi ada yang berpendapat kemajuan negara Islam tidak penting.
  • “Tetapi kita tahu nasib buruk ramai negara Islam kerana mereka tidak maju. Mereka terpaksa mengemis, meminta-minta bantuan daripada orang lain dan akibatnya mereka sering ditekan oleh orang yang membantu mereka yang mungkin sebenarnya musuh mereka,” katanya.
  • Sebaliknya, kata beliau, kemajuan negara Islam akan menjana penghormatan kepada Islam dan segala ajarannya sebagaimana berlaku pada zaman tamadun kegemilangan Islam.
  • “Betapa pentingnya orang Islam berjaya dalam semua bidang, sosial, ekonomi, politik dan lain-lain sebagai satu daripada cara menarik perhatian, menambahkan kefahaman dan kehormatan, bahkan menawan hati orang bukan Islam untuk mengenali agama Islam dan kebaikannya,” katanya.
Sumber: NST
0 comments:

Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails