SUARA BEBAS TUARAN

Singapura Tubuh Badan Perkuat Benteng Dari Ancaman Siber

Labels:

Kerajaan Singapura telah menubuhkan sebuah badan baru yang berperanan menguatkan benteng Singapura daripada ancaman-ancaman menerusi ruang siber dan teknologi maklumat (IT).
  • Badan yang dinamakan Penguasa Keselamatan Teknologi Infokom Singapura (Sitsa) itu berfungsi selaku penguasa pakar nasional bagi menyelia keselamatan operasi IT.
  • Sitsa dibentuk sebagai sebuah divisyen dalam Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) dan mula beroperasi hari ini.
  • Langkah itu diumumkan Menteri Undang-Undang merangkap Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri, Encik K. Shanmugam, di seminar mengenai keselamatan dan ancaman IT di Suntec City semalam.
  • Seminar tiga hari itu merupakan acara tahunan mengenai keselamatan IT dan dianjurkan Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA). Tahun ini, ia dianjurkan dengan kerjasama Kolej Perkhidmatan Awam dan disokong Penguasa Pembangunan Infokom (IDA).
  • Berucap di majlis pembukaan acara tersebut, Encik Shanmugam berkata, landskap IT yang cepat berubah hari ini menuntut Singapura mengamalkan strategi proaktif dan kita harus menjangka dan membanteras ancaman yang muncul.
  • Menurutnya lagi, di bawah rangka kerja pemerintahan keselamatan infokom kebangsaan dan sejajar dengan teras strategik Pelan Induk Keselamatan Infokom, inisiatif pertama yang akan dilaksanakan Sitsa ialah memperkukuh perkhidmatan dan prasarana infokom, terutama sekali prasarana IT untuk sektor penting seperti tenaga, pengangkutan, air, perbankan dan kewangan.
  • menurut Shanmugam mulai tahun depan pula, Sitsa akan mengadakan latihan keselamatan siber secara tetap, yang bertujuan meningkatkan tahap gerak balas Singapura terhadap serangan siber besar-besaran di peringkat nasional.
  • kebanyakan sistem komputer penting negara ini direka, dibangunkan dan dioperasikan sektor swasta. Oleh itu, semasa berlakunya krisis, kita tidak dapat mengelak daripada mendapatkan bantuan daripada karyawan sektor, kata nya.
Sumber: Cy Online
0 comments:

Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails