SUARA BEBAS TUARAN

Tiada Lagi ‘Bandar Tidur’ Di Sarawak

Sri Aman, dalam kawasan daerah kecil Lingga, Sarawak, bakal menyingkirkan jolokan ‘bandar tidur’ dengan kewujudan sebuah bandar moden yang lengkap dengan segala infrastruktur canggih melalui perancangan pelan pembangunan baru bandar Sri Aman.
  • Ketua Menteri Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud berkata, bandar moden yang dibina atas tapak lama kuarters kerajaan lama sebelum ini sedang dalam pembinaan dan dijangka siap sepenuhnya tidak lama lagi.
  • Menurutnya, pelan induk mengenai racangan pembangunan mentransformasikan bandar ini kepada bandar moden telah diluluskan, sekali gus akan lebih menceriakan lagi bandar ini dengan kewujudan bangunan-bangunan baru di sini.
  • Jadi buat masa ini bandar moden Sri Aman akan dilaksanakan secara berperingat-peringkat dan apa yang penting sekali pelan yang disediakan akan mengikut rancangan yang telah ditetapkan, ujarnya.
  • Di samping itu, pelan untuk membangunkan industri pertanian dan pelancongan untuk menarik lebih ramai pelawat berkunjung ke bandar ini turut dalam senarai rancangan kerajaan negeri, katanya.
  • “Bahagian Sri Aman hari ini jauh lebih maju berbanding sebelum ini sehinggakan kakitangan kerajaan yang hendak ditempatkan berkhidmat di Lubok Antu (dahulu) takut kerana menganggap kawasan luar bandar ini difikirkan seperti ‘hidup di dalam penjara’… namun kini semuanya sudah berubah,” katanya.
  • Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri Peringkat Bahagian Sri Aman di Dewan Suarah Sri Aman semalam.
  • Selain itu, kata Taib, fenomena benak yang menjadi aset tarikan utama dalam menjana industri pelancongan serta tanah yang luas dan subur juga mendorong kerajaan untuk membangunakan pertanian secara komersial di Sri Aman.
  • Menurutnya, kawasan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) seluas 100,000 hektar dengan peruntukan berjumlah RM300 juta telah dimajukan dengan tanaman kelapa sawit di bawah projek Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (SALCRA).
  • Sementara itu, katanya, kawasan seluas 100,00 hektar lagi dirancang akan dibangunkan dengan tanaman kelapa sawit bagi menambah ladang kelapa sawit yang sudah sedia ada di kawasan Sri Aman.
  • Penggunaan jentera moden pula digunakan dalam projek tanaman padi secara komersial di kawasan Stumbin-Bijat di Lingga yang sekali gus dijangka akan meningkatkan taraf hidup golongan petani di Sri Aman, katanya.
  • Justeru, golongan petani dan masyarakat di Bahagian ini perlu bersedia mengubah cara pertanian tradisional kepada komersial yang terbukti lebih menguntungkan.
Sumber: Borneo Post
0 comments:

Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails