SUARA BEBAS TUARAN

Universal Studios S'pore Sediakan 7 Zon Tarikan Bertaraf Dunia


Lebih 24 permainan dan tarikan bertaraf dunia di tujuh zon tema itu merupakan antara tarikan di Universal Studios Singapore apabila Resorts World Sentosa yang menelan belanja AS$4.4 bilion ($6.6 bilion) dibuka awal tahun depan.
  • Lebih menarik lagi, lebih 18 permainan dan tarikan bertaraf dunia itu merupakan permainan baru atau disesuaikan khusus bagi Singapura - lantas membawa keunikan tersendiri dan berbeza berbanding taman tema Universal Studios yang lain di Hollywood, California, Orlando, Florida dan Osaka, Jepun.
  • Tujuh zon bertema itu ialah Hollywood, New York, Sci-Fi City, Ancient Egypt, The Lost World, Far Far Away dan Madagascar.
  • Di Zon New York misalnya, para pengunjung dapat menyelami pengalaman membuat filem ala pengarah Steven Spielberg dalam studio filem yang menyaksikan taufan yang kuat melanda New York.
  • Di Zon Sci-Fi City, para pengunjung dapat beraksi sebagai manusia atau siklon, sejenis robot, menaiki roller coaster yang tertinggi di dunia - Battlestar Galactica.
  • Para pengunjung juga boleh menonton aksi-aksi nekad dan juga letupan sewaktu pertunjukan air ala filem Waterworld di Zon The Lost World.
  • Malah, bagi menyokong tarikan-tarikan bertaraf dunia itu, Universal Studios Singapore turut menyediakan lebih 13 pusat makanan yang menyediakan makanan Barat, Asia dan tempatan.
  • Satu-satu pusat makanan halal di situ ialah Oasis Spice Cafe yang menyediakan makanan Mediterranean, India dan Melayu.
  • Menurut Pengarah Eksekutif, Ride & Show, Universal Studios Singapore, Encik Steve Ryan, pihaknya telah mendapatkan kepakaran pengarah mapan Steven Spielberg sebagai Pengarah Kreatif bagi memastikan pengunjung dapat menikmati pengalaman yang unik dan sukar dilupakan.
  • 'Kami mahu memastikan imaginasi dapat dihidupkan menjadi realiti,' ujarnya sewaktu memberi perkembangan terkini mengenai kerja pembinaan Resorts World Sentosa, semalam.
  • Pengarah Operasi Taman Universal Studios Singapore, Encik John Hallenbeck, pula berkata pihaknya berkemungkinan besar akan menjual tiket bagi orang dewasa, kanak-kanak dan juga warga tua.
  • 'Kami kini sedang menimbangkan pas sehari, pas dua hari atau pas musiman selama setahun bagi para pengunjung yang ingin ke Universal Studios Singapore. Namun, harga tiket masih di peringkat perbincangan tetapi kami akan memastikan harga tiket itu agak kompetitif,' ujarnya lagi.
0 comments:

Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails