
Seorang anggota polis, V.Navindran akan didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya berhubung kematian seorang tahanan polis A. Kugan, kata Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.
- Katanya Navindran akan didakwa mengikut Seksyen 331 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan teruk bagi mendapatkan pengakuan dari si mati," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
- Seksyen 331 itu membawa hukuman penjara untuk satu tempoh yang boleh dilanjutkan sehingga 11 tahun dan boleh didenda jika didapati bersalah.
- Abdul Gani berkata siasatan menunjukkan bahawa daripada 92 kenyataan para saksi, hanya empat saksi telah mengenalpasti seorang, Navindran sebagai orang yang telah menyebabkan kecederaan kepada si mati dalam dua kejadian pada 16 Jan.
- Katanya dalam kedua-dua kejadian, suspek dikatakan memukul si mati dengan getah hos dan empat hari kemudian si mati menemui ajalnya.
- Abdul Gani berkata hasil laporan perubatan tidak menunjukkan bahawa si mati meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya tetapi ia merupakan akibat jangkitan virus kepada jantung atau "acute myocarditis".
- Kugan, 22, suspek kumpulan samun dan curi kereta mewah, yang direman pada 15 Jan lepas, meninggal dunia semasa dalam tahanan polis di lokap Balai Polis USJ 8, Subang Jaya pada 20 Jan lepas.



Post a Comment