
Ketua Pergerakan Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata pemimpin wanita seharusnya diberi peranan sebagai pemimpin arus perdana Umno bukan hanya mewakili sayap tertentu.
Sumber: mStar
- Ini kerana dalam bidang politik, perwakilan wanita di peringkat pembuatan keputusan di semua tahap masih lagi rendah iaitu bawah daripada 30 peratus.
- sudah sampai masanya wanita keluar daripada pemikiran sebagai pemimpin ‘sampingan’ wanita Umno sahaja, katanya.
- Selain itu, Shahrizat turut menyatakan impiannya untuk menentukan perjuangan ke arah sekurang-kurangnya 30 peratus wanita di peringkat pembuat keputusan dalam parti Umno diberi perhatian.
- Isu kedua yang turut menarik perhatian adalah pengupayaan ekonomi wanita di mana beliau menerapkan agar wanita mempunyai ‘dompet sendiri’ agar masing-masing mampu berdikari dan tidak bergantung kepada suami.
- Justeru, katanya lagi, kaum wanita mesti melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidang perniagaan dan keusahawanan yang sangat mencabar.
- Berhubung dengan isu ketiga, wanita dan undang-undang syariah pula, Menteri Pembangunan Wanita, Masyarakat dan Keluarga ini mencadangkan pihak-pihak berwajib terutama pihak mahkamah mengambil sikap lebih serius dan prihatin terhadap kebajikan dan kesejahteraan kaum wanita dalam melaksana dan menguatkuasakan undang-undang syariah agar hak wanita dilindungi sepenuhnya.



Post a Comment