Pengarahnya Datuk Osman Jamal berkata, pindaan Seksyen 17 Undang-undang Tanah yang diluluskan di Dun Sabah baru-baru ini untuk mempercepat proses permohonan tanah yang tertangguh, khususnya yang melibatkan Anak Negeri.- Walhal sebanyak 285,000 permohonan tanah kini masih menunggu untuk diproses oleh Jabatan Tanah dan Ukur Sabah, berbanding keupayaan jabatan terbabit yang hanya mampu memproses di antara 12,000 hingga 16,000 permohonan setiap tahun.
- Osman memberitahu bahawa pihaknya mengakui bahawa terdapat rungutan masyarakat yang mendakwa tanah yang didiami atau diusahakan mereka tiba-tiba dimiliki oleh individu atau syarikat lain.
- Bagaimanapun katanya, perkara itu berlaku kerana pihak-pihak yang terlibat tidak membuat bantahan ketika Notis Bantahan Umum dipamerkan pihaknya, seperti yang termaktub di dalam undang-undang.
- Oleh yang demikian, beliau menyatakan bahawa adalah perlu untuk masyarakat membuat bantahan, jika mereka tidak bersetuju ke atas sesuatu permohonan tanah apabila notis dipamerkan oleh pihaknya.
Sumber: NST, Photo: Insight Sabah
Post a Comment