SUARA BEBAS TUARAN

7 Pasangan Kekasih Ditahan Kerana Khalwat


Tujuh pasangan kekasih ditahan Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) dalam operasi mencegah maksiat di beberapa hotel bajet di sini pagi kelmarin, termasuk satu pasangan yang memberi alasan terpaksa bermalam kerana mahu menghadiri uji bakat program realiti Raja Lawak dalam usaha melepaskan diri daripada ditahan.
  • Pasangan berasal dari Bukit Tinggi, Bentong, itu ditahan pada 7 pagi, dan ketika pintu bilik mereka diketuk, seorang lelaki berusia 23 tahun membukanya.
  • Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah Jaip, Encik Badarudin Ahmad Bustami, berkata lelaki yang memakai seluar pendek dan kemeja-T itu tergamam sebaik membuka pintu.
  • Pegawai penguat kuasa kemudian menemui remaja wanita berusia 19 tahun sedang berbaring di atas katil dengan berkemeja-T dan bertuala.
  • 'Apabila ditanya sama ada sudah berkahwin, kedua-duanya menafikannya. Lelaki itu memberi pelbagai alasan yang tidak munasabah, termasuk datang ke sini untuk menghadiri uji bakat Raja Lawak.
  • 'Berikutan itu, pasangan terbabit ditahan atas kesalahan berkhalwat,' katanya.
  • Encik Badarudin berkata semua pasangan yang ditahan berusia antara 18 dengan 30 tahun dalam operasi yang dijalankan dari 6.30 hingga 9 pagi itu.
  • 'Mereka akan didakwa dan jika sabit kesalahan boleh didenda RM1,000 ($408) atau penjara enam bulan atau kedua-duanya,' katanya.
  • Beliau berkata semua pasangan yang ditangkap dibawa ke pejabat Jaip dengan keterangan diri mereka diambil sebelum dibebaskan dengan jaminan penguat kuasa dan seorang penjamin.
Sumber: BHM.
0 comments:

Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails