SUARA BEBAS TUARAN

Adun Skudai buat laporan polis dakwa diugut


Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Skudai, Dr Boo Cheng Hau, membuat laporan polis selepas mendapati pintu pagar rumahnya di Taman Universiti di sini, ditulis perkataan berbaur ugutan tiga hari lalu.
  • Pengerusi DAP Johor itu ketika dihubungi hari ini berkata laporan polis itu dibuat kira-kira jam 10.23 malam khamis di balai polis perumahan berkenaan.
  • "Tulisan dalam Bahasa Mandarin dan Bahasa Melayu berwarna hitam itu mulanya dilihat anak saya apabila hendak menekan loceng pintu pagar sebelum dimaklumkan kepada saya. Ketika itu, saya baru selesai menjemputnya pulang dari sekolah, kira-kira 1.30 tengahari," katanya.
  • Beliau berkata, perkataan Mandarin itu bermaksud "mati" manakala perkataan Bahasa Melayu itu adalah "bodoh".
  • Dr Boo berkata, beliau tidak pasti motif di sebalik tulisan itu tetapi mempercayai ia dilakukan oleh pihak yang tidak berpuas hati terhadap dirinya.
  • Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Baharu Utara, ACP Ruslan Hassan, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan.
Sumber: Bernama
0 comments:

Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails