SUARA BEBAS TUARAN

ADUN Sri Tanjung Tak Perlu Bimbang Jika Tak Bersalah


Anggota Dewan Undangan Negeri Sabah kawasan Sri Tanjung, Jimmy Wong daripada DAP, tidak seharusnya takut disiasat berhubung dakwaan kononnya beliau memiliki Sijil Anak Negeri jika benar beliau tidak bersalah, kata Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Ala Sekitar Sabah Datuk Masidi Manjun.
  • Jika sebuah jawatankuasa khas yang menyiasat dakwaan itu mendapati tidak ada apa-apa kesalahan yang dilakukan, kedudukan Wong di mata rakyat akan bertambah kuat, katanya kepada pemberita di sini ketika diminta mengulas kenyataan Wong pada Sabtu lepas bahawa siasatan itu adalah satu pembaziran oleh kerajaan Sabah.
  • Khamis lepas, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Hajiji Mohd Noor memberitahu persidangan Dewan Undangan Negeri bahawa kementerian itu akan menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyiasat dakwaan berkenaan yang dibuat oleh ADUN kawasan Sekong, Datuk Samsuddin Yahya daripada Barisan Nasional.
  • Dalam reaksinya, Wong berkata dalwaan itu bermotifkan politik dan bertujuan mengalihkan perhatian rakyat daripada pelbagai masalah yang dihadapi oleh kerajaan seperti pendatang asing tanpa izin, bekalan elektrik, air dan rasuah.
  • Masidi mengakui memang terdapat masalah kebanjiran pendatang asing tanpa izin di Sabah tetapi kerajaan telah berusaha dengan gigih untuk mengatasinya.
  • Katanya masalah itu tidak seharusnya dipersalahkan kepada kerajaan kerana penduduk tempatan yang mengambil warga asing ini sebagai pekerja tidak sah juga harus bertanggungjawab.
  • Sebaliknya, kata Masidi, sektor perladangan dan pembinaan di Sabah akan terjejas teruk tanpa pekerja dari Filipina dan Indonesia kerana penduduk tempatan enggan bekerja dalam kedua-dua bidang ini.
  • Masidi berkata beliau bersetuju dengan pendapat Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan bahawa isu pendatang tanpa izin ini harus diselesaikan menjelang tahun 2012 bagi melindungi kepentingan penduduk tempatan.
Sumber: BERNAMA
0 comments:

Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails