SUARA BEBAS TUARAN

Ahli Politik Mahu Beri Ceramah Agama Perlu Dapatkan Kelulusan

Labels:

Ahli politik yang ingin memberikan ceramah agama perlu mendapatkan pentauliahan sebagai pendakwah daripada Jabatan Agama Islam Negeri bagi mengelak perpecahan dan kekeliruan di kalangan umat Islam di negara ini, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
  • Beliau berkata, pentauliahan ini bagi menjamin syarahan yang diberikan adalah mengikut ajaran Islam yang betul yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W.
  • “Saya lihat ramai orang politik membuat syarahan agama tanpa tauliah. Syarahan agama yang mempunyai kepentingan politik sepatutnya tidak boleh dipercayai.
  • “Kita khuatiri perbezaan pendapat orang-orang Islam tertentu akan disalah tafsir oleh umat dan menyebabkan umat Islam berpecah dan berpuak-puak,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Agung Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Ke-23 di sini, kelmarin.
  • Dr Mahathir, yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim), berkata pentauliahan kepada penceramah Islam juga supaya ajaran Islam yang betul dapat diterima di semua negeri.
  • “Kita lihat ada setengah orang boleh (mendakwah), setengah orang pula tak boleh. Ada negeri lain boleh (terima seseorang pendakwah), negeri lain tak boleh,” katanya.
Sumber: NST
0 comments:

Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails