SUARA BEBAS TUARAN

Anggota Polis Disyaki Rogol Guru Ditahan Reman

Labels:

Seorang angota polis dari Balai Polis Marudi , Sarawak telah dituduh merogol seorang guru wanita berumur 20 tahun, yang mengajar di sebuah sekolah rendah. Menurut sumber, kejadian itu berlaku pada malam Khamis lalu antara jam 3 dan 4 pagi di sebuah bilik tidur di flat polis di sini.
  • Suspek yang berumur 24 tahun dan berasal dari Lundu dikatakan telah masuk ke bilik tidur guru sandaran itu tanpa disedari oleh bapa saudaranya, kata sumber itu.
  • Suspek dipercayai menceroboh masuk ke dalam bilik guru wanita itu melalui tingkap.
  • Dengan cara paksa sambil menekup muka wanita tersebut dengan bantal, suspek mengarah mangsa membuka seluarnya, tambah sumber itu.
  • Kata sumber itu, sambil menunjukkan sebilah pisau kecil kepada guru wanita berkenaan suspek mengarah mangsa menuruti permintaannya.
  • Laporan polis berhubung kejadian itu telah dibuat di Balai Polis Marudi pada pagi yang sama.
  • Sementara itu, Pegawai Daerah Baram yang bertindak sebagai majistret Joseph Belayong memerintahkan suspek ditahan reman selama empat hari mulai Jumaat lalu bagi membantu dalam siasatan kes berkenaan.
  • Dalam pada itu, mangsa telah dibawa ke Hospital Miri dengan ditemani oleh bapa saudaranya untuk membuat pemeriksaan.
Sumber: Borneo Post
0 comments:

Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails