Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim berpendapat Sistem politik dwi-parti akan hanya punyai kredibiliti jika Pakatan Rakyat berjaya menjadikan negeri-negeri yang ditadbirnya sebagai pemangkin urus tadbir yang cemerlang, dan pembela golongan miskin.- Sehubungan itu, beliau menggesa gagasan itu supaya bertungkus-lumus memastikan Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan menjadi contoh model pentadbiran mapan untuk diteladani Barisan Nasional.
- Menurut beliau, Kerajaan negeri perlu menunjukkan teladan melalui dasar-dasar yang dirumuskan. Dasar yang memberi penekanan kepada urustadbir yang baik, kepedulian kepada yang lemah, dan memelihara sumber alam dan bumi.
- "Kini sudah ada ruang untuk Pakatan Rakyat melalui kerajaan-kerajan negeri dibawah pentadbiranya untuk mengetengahkan agenda reformasi, dan memastikan kesilapan lalu dibawah pentadbiran leaps tidak berulang lagi,” kata Anwar.
- Selanjut nya, Anwar menegaskan keputusan PRU-12 lalu menunjukkan rakyat mahu sistem kerajaan dipulihkan, dan bukannya salinan pendua kerajaan Umno-BN.
- Membicarakan soal sistem dwi-parti, Anwar berkata idea ini bukanlah sesuatu yang baru di negara kita. Bahkan, sistem dwi-parti yang kita kenal hari ini adalah olahan dari konsep kerajaan berteraskan parti pemerintah dan parti pembangkang.
- Beliau menambah, pembentukan sistem dwi-parti gagal dizahirkan kerana dihalang oleh institusi kerajaan yang parah dalam rasuah, dan perilaku pemerintah yang sewenang-wenang mencabul sistem demokrasi negara.
- “Idea sistem dua parti ini hangat perkatakan sejak tahun lepas. Bahkan sambutan yang diterima idea dwi-parti ini begitu besar seraya mencadangkan kewujudan gagasan parti kedua mampu memulihkan demokrasi negara,” kata Anwar.
- Anwar menambah, bahawa keutamaan hari ini bukanlah untuk memaksakan pembentukan sistem dwi-parti keatas rakyat Malaysia, sebaliknya penekanan harus diberi kepada menjamin kebajikan rakyat di negeri-negeri Pakatan Rakyat dalam iklim pengurusan ekonomi cermat dan berhemah.
- Dalam pada itu, Anwar menyorot perhatian kepada siri-siri pencabulan tidak bertanggungjawab oleh sekumpulan elit manusia yang mahu kekal sebagai kuasa politik dominan di Malaysia.
- Pemimpin reformasi ini mengingatkan Pakatan Rakyat bahawa masih banyak perkara yang perlu dilakukan sekiranya Pakatan Rakyat mahu menjayakan sistem dwi-parti ini, terutama sekali apabila berhadapan dengan jentera gergasi, kata nya.
Sumber: TV Selangor, photo: sumbangan merindumu
Post a Comment