SUARA BEBAS TUARAN

Dagangan M’sia-Bosnia Dibatasi Kekurangan Penerbangan ?

Labels:

Hubungan dagangan di antara Malaysia dan Bosnia Herzegovina kini masih pada tahap yang minimum disebabkan oleh kekurangan dalam pengangkutan udara, meskipun hubungan dua hala kedua-dua negara sangat baik.
Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata lapangan terbang antarabangsa Bosnia Herzegovina di Sarajevo dapat menampung hanya pesawat jenis 737 dan dengan itu ia tidak mampu mengadakan lebih banyak penerbangan antarabangsa.
  • “Kedua-dua negara mempunyai hubungan yang baik, tetapi aktiviti ekonomi hanya kecil sahaja dan tidak ramai orang pergi ke sana. Sarajevo memiliki sebuah lapangan terbang yang kecil dengan hanya dapat menampung pesawat kecil seperti pesawat 737 dan masalahnya penerbangan antarabangsa atau jarak jauh tidak dapat pergi ke Sarajevo,” katanya dalam sidang media selepas menyaksikan pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) bagi hubungan perniagaan di antara Malaysia dan Bosnia Herzegovina di sini semalam.
  • Sehubungan itu, beliau berkata salah satu cara untuk menyelesaikan masalah tersebut ialah jalinan usaha sama di antara syarikat-syarikat penerbangan di Bosnia Herzegovina dengan rakan-rakan mereka di Eropah.
  • “Beberapa syarikat penerbangan asing masih menggunakan pesawat 737 dan boleh mengadakan penerbangan sambungan ke Sarajevo menggunakan pesawat 737 dari mana-mana tempat di Eropah dan Turki,” ujarnya.
  • Ditanya mengenai potensi perniagaan di Bosnia Herzegovina, Dr Mahathir berkata Malaysia boleh menceburi bidang pelancongan dan pembuatan produk halal dan air minuman botol kerana Bosnia Herzegovina merupakan sebuah negara Islam.
  • “Peluang perniagaan ada, antaranya seperti pelancongan, sumber air bersih (air minuman botol) dan produk halal. Bagaimanapun, pelabur Malaysia tidak ramai di sana. Hanya ada satu syarikat tenusu Malaysia, namun jumlah pengeluarannya secara kecil-kecilan sahaja untuk penggunaan domestik,” katanya.
  • Sementara itu, dalam ucapannya, Dr Mahathir berharap Forum Perniagaan Global Malaysia dan Bosnia Herzegovina akan menjadi peneraju hubungan erat di antara kedua-dua negara dan Sarawak amnya.
  • Malah, beliau turut menekankan agar ahli-ahli perniagaan di Sarawak lebih agresif dengan menggalakkan pelaburan di Bosnia Herzegovina.
  • “Saya berharap ahli-ahli perniagaan di Sarawak lebih agresif dengan menceburi pelaburan di Bosnia dan di samping itu diharapkan juga Bosnia menghantar wakilnya bagi membuat kajian di Malaysia dan Sarawak khasnya,” katanya.
  • Terdahulu, Dr Mahathir bersama Presiden Bosnia Herzegovina Dr Haris Silajdzic dan Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud menyaksikan pertukaran sebanyak lapan MoU.
  • Antaranya seperti Foreign Trade Chamber of Bosnia & Herzegovina dan Tanjung Manis Food and Industrial Park Sdn Bhd, Halal Europe dan Tanjung Manis Food and Industrial Park Sdn Bhd, GHB Invest d.o.o dan Tanjung Manis Food and Industrial Park Sdn Bhd, University of Sarajevo dan Swinburne University of Technology Sarawak, ISG d.o.o dan Intelligence PC; Zira Ltd dan Illuminax Sdn Bhd, Inza-Institute For Protection Against Fire and Explosion dan Ditta Sdn Bhd, dan Inza-Institute For Protection Against Fire and Explosion dan Profit Tower Sdn Bhd.
  • Dalam pada itu, Dr Mahathir dan Dr Haris menandatangani persetujuan sebagai penaung Kelab Perniagaan Malaysia dan Bosnia Herzegovina.
Sumber: Borneo Post
0 comments:

TARIKH DI MALAYSIA


GAMBAR PILIHAN MINGGU IN

GAMBAR PILIHAN MINGGU IN
Hotel Burj Al Arab Dubai, Arab Emirates

TRANSLATE TO YOUR LANGUAGE

PENULIS BLOG : SOLYMONE

My Photo
Tenghilan, TUARAN, SABAH, Malaysia
View my complete profile

BILANGAN PELAWAT ONLINE


........................................................................

........................................................................
BLOG SENSASI MINGGU INI

........................................................................

........................................................................
BLOG SAHABAT

AKTIVITI PELAWAT

BLOGGER VISITORS


BLOG PILIHAN MINGGU INI

.......................................................................

.......................................................................
BLOG TETAMU MINGGU INI

.....................................................................

.....................................................................
BLOG RUJUKAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

...........................................................................

...........................................................................
RANGKAIAN SENARAI ANALYSIS SOLYMONE
Blog Widget by LinkWithin