SUARA BEBAS TUARAN

IMF Sedia Semak Peranan Di Asia

Labels:

Encik Strauss-Kahn (tengah) akan pastikan hubungan baru di antara Asia dan IMF terjalin dalam memulihkan ekonomi sejagat. Duduk di sebelah kirinya ialah Menteri Kewangan S'pore, Encik Tharman Shanmugaratnam
DANA Kewangan Antarabangsa (IMF) bersedia menyemak peranannya terhadap rantau Asia dalam usaha dunia memulihkan ekonomi sejagat.
  • Ia juga mengingatkan bahawa pertumbuhan ekonomi akan tetap lembap dengan kadar pengangguran terus di paras tinggi buat masa setahun meskipun dengan keadaan ekonomi yang semakin pulih.
  • Memberikan jaminan itu, Pengarah Urusan IMF, Encik Dominique Strauss-Kahn, berkata matlamat utama IMF sekarang ialah meningkatkan penglibatannya di rantau Asia dengan 'pengalaman krisis Asia masih lagi segar dalam ingatan mereka. Kami perlukan sebuah institusi sehala untuk membincangkan ekonomi sejagat dengan adanya model pertumbuhan ekonomi baru.
  • Ini apatah lagi dengan sikap pengguna Amerika Syarikat yang akan mengurangkan perbelanjaan. Maka lebih banyak negara di Asia terutama mereka yang membangun akan mencari rakan baru,' ujar beliau.
  • Encik Strauss-Kahn juga berkata Asia dan IMF kini 'dalam proses menjalin hubungan baru' dengan syarat-syarat baru.
  • 'IMF bukan lagi 'satu-satunya pihak yang tahu apa yang perlu dibuat' dan banyak yang boleh dipelajari daripada negara-negara Asia,' tekan Encik Strauss-Kahn.
  • 'Kami perlu lebih banyak mendengar para pemimpin di sini dalam meneliti bahagian kedua krisis ini serta masa depan selepas krisis,' ujarnya, dalam sidang akhbar anjuran Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dan IMF sempena Sidang Apec yang berlangsung di sini.
  • Menyifatkan peranan IMF sebagai 'seorang doktor', beliau menambah badan dunia itu ingin 'membantu dengan cara yang lebih mesra' di Asia.
  • Menteri Kewangan, Encik Tharman Shanmugaratnam, berkata peranan IMF di rantau ini menjadi isu perbincangan hangat di kalangan negara-negara Asia.
  • 'Ini khususnya peranan IMF dalam hal kecairan jangka pendek, aliran modal serta cabaran-cabaran lain.
  • 'Salah satu perkara yang mungkin boleh diusahakan ialah bagaimana kemudahan pinjaman di bawah IMF dapat diselaraskan di rantau ini.
  • 'Dan meskipun belum ada kata putus lagi tetapi ini salah satu cara yang boleh diusahakan,' kata Encik Tharman.
  • Mengenai ekonomi sejagat, Encik Strauss-Kahn berkata walau pertumbuhan bagi 2010 dan 2011 positif, lebih rendah daripada kadar pertumbuhan sebelum krisis.
  • Ini kerana beliau meramalkan kadar pengangguran di kebanyakan negara akan terus meningkat sekurang-kurangnya buat masa setahun mendatang.
  • Encik Strauss-Kahn juga menolak kemungkinan ekonomi Amerika akan berada dalam kemelesetan buat kali kedua meskipun rentak pertumbuhan ekonomi negara itu kekal lemah.
Sumber:CyNews
0 comments:

Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails