
Kerajaan Kelantan hari ini mengumumkan cuti umum bagi seluruh negeri ini pada Ahad 8 November ini sebagai meraikan kejayaan Kelantan yang berjaya memasuki perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia bagi musim 2009.
Sumber: The Malaysian Insider
- Perkara itu disahkan oleh exco kerajaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan, selepas majlis mesyuarat bersama Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) yang turut dihadiri presidennya, Tan Sri Anuar Musa, di pejabat KAFA di sini.
- Kelantan sebelum ini dilanda kemarau hampir 39 tahun untuk beraksi di pentas final saingan paling berprestij di Malaysia akhirnya berjaya dileraikan oleh skuad Red Warriors (Kelantan) yang dipimpin oleh B.Sathianathan selaku jurulatih setelah berjaya menewaskan Perlis dengan agregat 5 – 1.
- Naib juara piala FA itu berjaya menyingkirkan Perlis pada perlawanan separuh akhir dengan 3 – 1 di Stadium Utama, Kangar. Sebelum itu ketika beraksi di gelanggang sendiri mereka menguasai perlawanan dan berjaya menundukkan lawannya, singa utara itu dengan 2 – 0.
- Takiyuddin, ketika menjawab soalan pengumuman cuti terlebih awal itu menggambarkan seolah-olah Kelantan sudahpun memenangi perlawanan akhir berkata, tindakan kerajaan sebagai menghormati kejayaan pasukan Kelantan yang telah berjaya mara ke perlawanan akhir.
- “Memang kita beroptimis Kelantan akan menang. Tahniah kepada pasukan red warriors, dan tahniah kepada Tan Sri Anuar serta jurulatih B.Sathianathan kerana berjaya membimbing pasukan ini meleraikan kemarau dilalui pasukan Kelantan yang hampir 39 tahun lamanya dalam liga piala Malaysia bola Sepak negara” katanya.
- Dalam sejarah liga piala Malaysia Kelantan hanya berjaya memasuki perlawanan akhir sebanyak dua kali iaitu pada tahun 50-an dan pada 1970.



Post a Comment