SUARA BEBAS TUARAN

Kerajaan BN Perlu Sentiasa Perjuangkan Nasib Semua Rakyat Malaysia

Kerajaan Barisan Nasional (BN) perlu lebih komited bagi memperjuangkan nasib rakyat kebanyakan jika mahu kekal berkuasa dalam pilihan raya umum akan datang dan seterusnya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
  • Beliau berkata kejatuhan sesetengah daripada parti yang yang telah bertapak di negara-negara lain terutama Parti Demokratik Liberal (LDP) di Jepun perlu menjadi pengajaran kepada BN untuk terus menerus berkhidmat dengan lebih baik kepada rakyat.
  • "Saya difahamkan bahawa satu daripada sebab kekalahan LDP ( dalam pilihan raya umum baru-baru ini) adalah disebabkan kerajaan itu dikatakan hilang sentuhan dengan rakyat. Ini mengingatkan saya dan kerajaan BN termasuk LDP di Sabah mengenai perlunya berpegang kepada slogan kita iaitu untuk berkhidmat kepada rakyat dan bukan sebaliknya.
  • "Biar BN memperjuangkan nasib semua rakyat Malaysia," katanya berucap ketika merasmikan Kongres LDP di Sabah di 1Borneo, dekat sini pada Ahad.
  • Najib, yang juga Pengerusi BN, berkata pembangkang di negara ini membuat impak dalam pilihan raya umum lepas kerana pada masa itu BN lemah.
  • "Ia bukan disebabkan pembangkang popular tapi kerana kita hilang populariti di kalangan rakyat," katanya.
  • Sehubungan itu, beliau meminta semua parti komponen BN supaya bekerja kuat untuk berkhidmat kepada rakyat kebanyakan.
  • "Kita mesti komited dan bukan hanya berkhidmat di bibir sahaja kepada rakyat. Ini merupakan satu-satunya cara bagi kita memenangi semula hati dan fikiran rakyat," katanya.
Sumber: Bernama
0 comments:

Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails