
Encik Anuar (tiga dari kiri) bersama ahli Pemuda Umno menunjukkan sepanduk selepas menyerahkan kepada pejabat SPRM di Kota Bharu memorandum penajaan haji yang diterima Datuk Nik Aziz dan keluarganya.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat, dan menantunya, Encik Abdul Ariffahmi Abdul Rahman, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), didesak Umno negeri supaya meletak jawatan ekoran penajaan bagi mereka menunaikan haji.
Sumber: Utusan Malaysia.
- Ketua Pemuda Umno Kelantan, Encik Anuar Safian, berkata mereka wajar berundur berikutan 'salah laku serius' Datuk Nik Aziz menerusi pengakuan terbuka bahawa ada pihak menaja beliau dan keluarganya untuk ke tanah suci.
- Beliau turut mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan siasatan segera terhadap dakwaan itu demi kepentingan rakyat.
- 'Kenapa Nik Abdul Aziz boleh membenarkan dirinya dan keluarga ditaja untuk menunaikan haji dengan kos begitu tinggi? Disebabkan itu, kita mendesak beliau dan menantunya meletakkan jawatan kerana dakwaan salah laku itu sangat serius dan memalukan kerajaan negeri,' katanya.
- Rabu lalu media melaporkan pengakuan Datuk Nik Aziz bahawa beliau ditaja pihak tertentu untuk menunaikan haji pada kos RM65,000 ($26,780) seorang dan mendapat layanan bertaraf VVIP.
- Difahamkan rombongan itu dijangka disertai 10 individu, termasuk isteri dan anaknya serta Encik Abdul Ariffahmi.
- Menurut blog http://ruangbicarafaisal.blogspot.com, syarikat penaja ialah Abroad Technology Sdn Bhd, yang berpejabat di sini dan mendapat hak eksklusif memasang papan tanda di seluruh Kelantan.
- Menurut Encik Anuar, berdasarkan maklumat yang diperoleh, Encik Abdul Ariffahmi mula bertugas di Air Kelantan Sdn Bhd dan kemudian dipinjamkan di PMBK.
- Selepas itu Encik Abdul Ariffahmi dilantik sebagai ketua bahagian hartanah PMBK sebelum dilantik sebagai ketua pegawai operasi awal tahun lalu dan pelantikan itu turut dipertikai.
- 'Bagaimanapun secara tiba-tiba dia dilantik menjadi CEO. Kita mahu tahu secara jelas atas sebab apa dia dilantik ke jawatan yang besar ini dalam usia yang sangat muda.
- 'Adakah rekod yang dimilikinya amat baik?' soal Encik Anuar.



Post a Comment