
Dengan tujuan agar masalah kekurangan bekalan tenaga letrik di Sabah dapat diselesaikan, rakyat negeri ini perlu berkorban. Dengan tekad ini, kerja-kerja mengenal pasti tapak telah dijalankan dibeberapa kawasan di Sabah.
Akhir nya, Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah memilih kawasan Silam, Lahad Datu, sebagai lokasi yang sesuai.
Sumber: SAPP, SabahKiniAkhir nya, Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah memilih kawasan Silam, Lahad Datu, sebagai lokasi yang sesuai.
- Namun pada 2 April 2008, cadangan membina loji janakuasa arang batu di kawasan tersebut tidak mendapat sokongan Kabinet Sabah yang diketuai Ketua sendiri oleh Menteri Datuk Seri Musa Aman.
- Menurut Musa, keputusan di buat selepas menimbang pro dan kontra impak cadangan tersebut kira nya dilaksanakan. Justru itu, Kabinet Sabah dengan sebulat suara telah memutuskan agar cadangan membina loji tersebut di Silam dibatalkan.
- Selanjutnya, Musa menerangkan bahawa Kerajaan tidak ingin membahayakan kebajikan dan kesihatan masyarakat setempat serta alam sekitar disana.
- Bagaimanapun akhir-akhir ini, loji arang batu yang di syorkan oleh PM Datuk Seri Najib Tun Razak pembinaan nya di FELDA Sahabat, Tungku dekat Lahad Datu, tidak mendapat bantahan dari kerajaan Negeri Sabah. Mereka setuju dengan sebulat-bulat suara tanpa mengambil kira perkara-perkara yang akan berbangit akibat pembinaan Loji tersebut nanti.
- Walhal laporan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) terhadap cadangan loji itu masih belum disiapkan.
- Dalam hal yang sama, Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Pusat (CLC) SAPP Tungku, Lahad Datu Suaib Mutalib berkata, cadangan awal membina loji itu di Silam dan Sandakan telah ditolak rakyat dan Kerajaan Sabah kerana faktor kesihatan. Ini adalah bukti bahawa loji itu hanya membawa lebih mudarat berbanding manfaat.
- “Saya hairan dengan Kerajaan Sabah dan para pemimpin BN berdiam diri saja manakala ada kalangan ketua-ketua UMNO secara tiba-tiba menyokong bulat-bulat apabila Najib berkata loji janakuasa arang batu akan ditempatkan di FELDA Sahabat", kata beliau.
- Selanjutnya, beliau juga heran mengapa para pemimpin BN dan UMNO di negeri ini tidak menolak, malah menerima dengan hati terbuka apabila Najib berkata loji janakuasa arang batu akan dibina di FELDA Sahabat, Tungku.



Post a Comment