Pada petang Sabtu baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah melawat Sabah untuk tujuan perasmian kongres Parti Bersatu Sabah (PBS) pada malam ketibaannya, diikuti kongres Parti Liberal Demokratik (LDP) keesokan pagi nya. Dan kemudian konvensyen nasional Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) pada sebelah petang.
- Tengah hari Ahad diisi dengan pertemuan Perdana Menteri bersama Umno, termasuk pemimpin akar-umbi merangkumi wakil rakyat dan kepimpinan tertinggi bahagian.
- Apa yang menarik tentang kehadiran Najib disini ia lah pendekatan beliau terhadap negeri Sabah.
- Apa yang jelas beliau memahami masalah dan keperluan rakyat negeri ini. Kerana kefahaman ini lah, maka Najib mudah mencari jalan dan langkah penyelesaian terbaik terhadap masalah dan isu yang timbul disini.
- Dalam beberapa rangaian ucapan beliau, menyentuh komitmen kerajaan Perseketuan untuk membantu negeri ini untuk menangani;
- Isu Pendatang Tanpa Izin (PTI) dengan lebih serius
- Masalah bekalan elektrik dan air bagi penduduk di kawasan luar bandar menerusi Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10).
- Beliau juga menegaskan betapa penting nya kekuatan BN dalam menghadapi cabaran dimasa akan datang, demi untuk survival dalam menghadapi pilihan raya akan datang.
- Justru itu beliau mengajak semua komponen BN berpegang kepada slogan untuk berkhidmat kepada rakyat dan bukan sebaliknya. Kerana yang penting, BN mesti sentiasa relevan dengan berpaksikan kepada realiti hari ini dan bukan kejayaan masa lampau.
Sejurus selepas itu, saya telah bertemu dengan beberapa orang sahabat dari golongan elite, pemerhati politik dan Ngo bebas .Dalam pertemuan tersebut saya telah timbulkan persoalkan sama ada kejujuran PM ini dapat di realisasikan di Sabah, terutama sekali pengagihan peluang pendapatan dikalangan pemimpin BN di sini.
- Rata-rata mereka menyatakan, cadangan Najib ini akan menemui jalan buntu di sini kerana sifat pemimpin UBN yang sedia ada di Sabah.
- Apa yang jelas kata mereka pemimpin UBN hanya lebih mementingkan ‘personal survival’ masing-masing. Justru itu, peluang untuk ahli-ahli parti komponen BN yang lain akan tipis dan di ketepikan. Sekali gus rakyat disini juga yang akan merasa impak kerana kelakuan yang tidak seimbang ini.
- Sifat tamak dan penting diri sendiri dapat di buktikan dengan peluang untuk mendapat projek di negeri ini semua nya disapu habis oleh pemimpin UBN.
- Selain dari itu, kebijaksanaan dan keberanian mereka mengenakan tol ( Service cost) dari kontrektor yang melaksanakan projek tersebut amat di kagumi.
Sehinggakan banyak projek-projek yang tergendala kerana kontrektor kekurangan modal pokok untuk meneruskan pembinaan projek-projek tersebut dengan cemerlang. - Menurut kajian, kekayaan peribadi pemimpin di Sabah ini rata-rata terletak di tangan Ketua-Ketua Bahagian UBN. Manakala ketua-ketua Bahagian parti komponen BN yang lain boleh diibaratkan saperti dalam keadaan “Hidup segan mati tak mahu”.
- Dipercayai kalau sifat di kalangan pemimpin UBN ini tidak akan berubah, dijangka kedudukan pemimpin-pemimpin dari komponen BN yang lain akan menjadi tenat. Dan akhir nya mereka akan menjadi ‘pengemis professional’ ; terpaksa mengharap bantuan kewangan dari UBN ketika berhadapan dengan PRU13 nanti. Itu pasti





November 10, 2009 12:57 AM
Sabah Tatap Negeri Ke-13 Termundur Di Malaysia, biarpun dari segi hasil paling kaya di bumi permata nilam Malaysia.
November 10, 2009 9:56 AM
ziarah sdr Solymone..
saya amat tertarik dgn anlisis sdr yg terus diperolehi drp perbincangan sehala dgn para pemikir dan elit political tersebut..
saya amat bersetuju dgnnya..bahawa apa yg berlaku di Sabah ialah pembolotan aset serta projek yg keterlaluan. Ketua-ketua bahagian bukan sahaja membina krisma kepimpinan mereka dgn wang dan projek tetapi turut membantu menteri-menteri berkaitan melalui sumbangan kos dan wang ketika waktu berkempen.
misalnya di KB, DMHJ dikaitkan dgn MUsa aman atas fktor yg demikian..membantu membina aset kewangan Musa Aman. begitu juga dgn ebberap org pemimpin di Semporna dan Pantai Timur..
Rasanya jika ini berlarutan..keikhlasan DSN utk membawa perubahan paradigma dan pemikiran di Sabah akanmenemui kegagalan..apakah trend ketua-ketua bahagian ini perlu dimanipulasikan..?
Sebab itu saya secara peribadi dan dalam banyak ulsan kp penulisan sdr..mengimpikan satu perubahan minda para pemimpin di sabah berlaku..setidak-tidaknya menjadikan politik bahagian sebagai landasan mendekati rakyat dan bukan membina keutuhan kebendaan mereka.mungkin perkara ini berlaku 30-40 tahun akan datang..tetapi dgn harapan kita memulakan idea ini.
semoga sdr sukses dan meletakkan kepentingan bangsa dan negeri Sabah tercinta ini dalam saf utama perjuangan sdr..selamat berjuang dan beroleh kejayaan.
November 11, 2009 6:05 PM
Wsalam Azrone dan Kelapa Mawar
Thanks kerana sudi bagi komen yang akan kita fikirkan bersama.
Semuga kalian sukses
Post a Comment