Menurut Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) negeri, Mohd Faizal Mohd Salleh,tindakan kerajaan Selangor melarang pelajar dari institusi pengajian tinggi milik kerajaan negeri menyertai kursus anjuran Biro Tata Negara (BTN) telah menyekat kebebasan pelajar dan tidak mendokong prinsip demokrasi.- Kononnya kerajaan Selangor menyokong demokrasi sepatutnya membenarkan pelajar untuk duduk mendengar pula dari pihak yang lain.
- Selain pelajar, penjawat awam negeri dan kakitangan anak-anak syarikat negeri juga tidak dibenarkan menyertai program BTN berkuatkuasa serta merta dengan alasan kononnya ia satu saluran doktrinasi politik Barisan Nasional.
- Kata nya lagi, Salah satu fungsi BTN adalah untuk menerangkan dasar-dasar kerajaan. Adakah pelajar-pelajar di bawah kerajaan negeri seperti Universiti Industri Selangor (Unisel), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dan Kolej Antarabangsa INPENS tidak berhak tahu mengenai dasar-dasar kerajaan? soal beliau.
- Katanya beliau pernah mengikuti kursus BTN dan berterima kasih kepada biro itu kerana membantu membangunkan dirinya menjadi warga negara yang baik.
Sumber: BERNAMA, Photo: eimiza.net
Post a Comment