
Saya tertarik dengan penulisan 'skeptical' Saudara Hamzah Abdullah, selaku penulis jemputan SabahKini. Menurut Hamzah, pengusiran para penduduk kampung Kg. Lembaga Padi (terletak di DUN Sepanggar), membuktikan kebenaran bahawa slogan 1 Malaysia sebenarnya adalah "rakyat didahulukan untuk dijadikan mangsa, kepentingan UMNO/BN mesti diutamakan"
- Kata beliau kenyataan Ketua Bahagian UMNO Sepanggar, Jumat Idris, yang mengaku tidak mengetahui tentang arahan mahkamah (court order) yang menghendaki penduduk Kg. Lembaga Padi mengosongkan penempatan mereka dalam tempoh 2 minggu, juga adalah manifestasi bahawa para pemimpin UMNO hidup di suatu alam yang sebenarnya terpisah dengan masyarakat miskin dan golongan peneroka bandar (UMNO menggelar mereka setinggan dan penghuni rumah haram).
- "Ini juga adalah bukti pembohongan yang kononnya para pemimpin UMNO akan bersama merasai denyutan nadi dan jantung rakyat! Whheeek!, dengar ucapan sebegini pun sudah cukup untuk masyarakat yang celik dengan sepak terajang UMNO menjadikan mereka merasa mual dan muntah", kata nya.
- Beliau membawa pembaca untuk menengok di mana kesudahannya episod pengusiran para penduduk Kg. Lembaga Padi ini. Disamping menyaksikan sendiri sejauh mana seriusnya Wakil Rakyat Karambunai, Datuk Jainab Ahmad, yang konon mahu melantik seorang peguam bagi mendapatkan perintah injunksi untuk menghalang sementara arahan mengosongkan kawasan penempatan Kg. Lembaga Padi ini.
- Selanjut nya kata beliau, Datuk Jainab Ahmad ini pun bukan calang-calang Menteri dari kalangan Mak Datin UMNO. Dulu bila dia kempen di Kuala Trengganu, dia pandai-pandai buat tuduhan kononnya Kerajaan PAS Trengganu telah mewujudkan Jawatankuasa Syurga Rakyat, kata Hamzah
- kata Hamzah, "Apalah bebal dan bengap punya pemimpin! Mujur tidak kena saman malu oleh pemimpin PAS Trengganu. Untuk pengetahuan Datuk Jainab, yang diwujudkan itu ialah Jawatankuasa Syura Rakyat yang bererti ‘People's Consultative Committee’, bukannya Syurga Rakyat.
- Sebab itu, kalau tidak tahu jangan cakaplah Mak Datin oooii. Buat-buat senyap dan bisu lagi bagus daripada buat tuduhan melulu yang hanya menambah dosa yang semakin bertimbun".



Post a Comment