SUARA BEBAS TUARAN

Pusat Rekreasi Dan Riadah Untuk Warga Emas Akan Diwujud Di Beaufort

Labels:
Sebuah pusat rekreasi dan riadah untuk warga emas akan diwujudkan di daerah Beaufort, kata Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Hajah Azizah Mohd Dun.
  • Beliau berkata, pengwujudan pusat rekreasi dan riadah itu penting bagi memudahkan warga emas dan penduduk sekitar melakukan aktiviti riadah dan bertemu kawan lama dan baru.
  • “Di tempat ini juga warga emas dapat berkongsi pengalaman dan kebolehan yang mereka ada seperti bermain alat muzik tradisional dengan generasi muda. Kesepaduan antara generasi dapat dicapai dengan adanya tempat sedemikian,” katanya.
  • Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Hari Warga Emas Peringkat Negeri Sabah, di Dewan Pa’Musa, Beaufort baru-baru ini.
  • Lebih 200 warga emas dari Beaufort, Sipitang, Membakut, Menumbok dan Kuala Penyu diraikan pada majlis itu bersempena Hari Jadi Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Ahmadshah Abdullah.
  • Majlis itu dianjurkan bagi mengangkat martabat diri warga emas agar mereka terus aktif dan produktif dalam pembangunan negara.
  • Azizah berkata, kekukuhan sesebuah negara bergantung kepada teguhnya institusi keluarga dengan terbina kebahagiaan daripada datuk, nenek, ibu, bapa dan anak.
  • “Kesepaduan antara generasi dapat mewujudkan keharmonian masyarakat sekaligus negara akan aman dan harmoni,” katanya.
Sumber: NST
0 comments:

Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails