SUARA BEBAS TUARAN

Rumah Dihanyut Banjir Buat Kali Kedua


DIHANYUT ARUS DERAS: Encik Ibrahim Daud, 37 tahun, menarik zink daripada rumahnya yang dihanyutkan arus deras sejauh 200 meter dari tapak asalnya di Kampung La, Hulu Besut, Terengganu, kelmarin.
Seorang penduduk terkejut tetapi tidak dapat berbuat apa-apa apabila rumahnya dihanyutkan air sewaktu banjir melanda Hulu Besut, Terengganu, Jumaat lalu.
  • 'Saya tidak dapat berbuat apaapa dan hanya mampu melihat dari jauh rumah kami hanyut di bawa arus deras dalam banjir semalam,' kata Encik Ibrahim Daud, 37 tahun, dari Kampung La, Hulu Besut.
  • Ketika kejadian sekitar 3.30 petang itu, Encik Ibrahim berkata arus deras daripada limpahan Sungai Besut menyebabkan mereka sekeluarga terpaksa berpindah ke pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Kampung La, kira-kira 200 meter dari rumah mereka.
  • Encik Ibrahim, yang juga seorang pemandu lori, berkata tidak lama selepas berada di pusat pemindahan itu, beliau sebak apabila melihat rumah pusaka yang sudah didiaminya sejak 10 tahun lalu itu dihanyutkan arus deras.
  • Bapa enam anak itu berkata rumah peninggalan arwah ayahnya adalah subsidi kerajaan negeri. Ia bagi menggantikan rumah asal mereka yang turut dihanyutkan banjir besar 10 tahun lalu.
  • 'Sungguh menyedihkan genap 10 tahun kami tinggal di rumah ini, sekali lagi kami kehilangan rumah akibat bencana alam,' kata beliau.
  • Namun mereka sekeluarga bersyukur kerana terselamat daripada bahaya apabila paras air naik secara tiba-tiba hingga tidak sempat menyelamatkan pelbagai barangan penting.
  • Menurut Encik Ibrahim, sebaik air surut awal pagi kelmarin, beliau kembali ke kawasan penempatan.
  • Beliau menemui rumahnya tersangkut pada rumah jiran kira-kira 200 meter dari tapak asal.
  • Meskipun beliau kerugian lebih RM20,000, beliau berasa lega kerana dijanjikan rumah baru oleh kerajaan negeri Terengganu.
  • Menteri Besar, Datuk Ahmad Said, yang melakukan lawatan mengejut ke kawasan paling teruk terjejas banjir di daerah Besut kelmarin mengumumkan bantuan segera untuk membina rumah baru menggantikan dua rumah yang dihanyutkan banjir di Kampung La.
Sumber: BMM.
0 comments:

Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails