SUARA BEBAS TUARAN

Sabah Hadapi Ancaman Padi Angin ?


Petani di Sabah kini berhadapan dengan ancaman rumpai tanaman padi dikenali “Padi Angin” yang dikesan merebak di beberapa daerah negeri ini, kata Timbalan Ketua Menteri, Datuk Yahya Hussin.
  • Katanya, Padi Angin adalah sejenis padi yang mempunyai sifat biji mudah lerai dan kehadirannya di sawah boleh menyebabkan kehilangan hasil padi dari 10% hingga 90 %, bergantung kepada tahap seriusnya serangannya.
  • Beliau berkata, Padi Angin masak lebih awal di antara 10-25 hari daripada padi yang ditanam. Biji-biji Padi Angin yang lerai akan tumbuh bersama dengan benih padi yang ditabur pada musim berikutnya yang menyebabkan serangan Padi Angin akan menjadi bertambah serius dari musim ke musim.
  • “Serangan Padi Angin di tahap yang serius telah berlaku di Kota Marudu dan Kota Belud”, katanya ketika melancarkan Kempen Kesedaran Ancaman Padi Angin Peringkat Negeri di Dewan Tun Said, Kota Belud.
  • Sehubungan itu, Yahya mengumumkan beberapa strategi menangani ancaman Padi Angin yang akan dilaksanakan oleh kerajaan , antaranya termasuklah mengawal pergerakan Jentera Pembajak, Jentanam dan Jentuai.
  • Menurutnya, pemilik-pemilik jentera ladang perlu mendaftarkan jentera-jentera mereka di daerah serta mendapatkan pas kerja untuk kerja-kerja membajak dan menuai di luar daerah ia berdaftar. Jabatan Pertanian tidak akan mengeluarkan Sijil Sah Kebersihan Jentera, sekiranya terdapat jentera-jentera tidak dibersihkan sebelum kerja-kerja pembajakan atau penuaian.
  • Beliau turut menasihatkan para petani supaya tidak menggunakan benih-benih yang sudah tercemar dengan Padi Angin, sebaliknya menggalakkan mereka menyediakan benih baik melalui plot petani sendiri.
Sumber: NST
0 comments:

Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails