
Lim Guan Eng
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng merasa kesal bilamana pasukan polis dikatakan membiarkan samseng jalanan tajaan Barisan Nasional (BN) membuat kecoh di luar Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang hari ini.
Sumber:Harakahdaily, Photo: ASD
- Menurut Lim beliau tiada halangan dengan mengadakan demonstrasi dengan syarat ia nya di lakukan dengan bersopan bukan seperti samseng jalanan tanpa menghormati dewan yang sedang bersidang.
- “Polis hendaklah bertindak wajar dengan tugasan mereka menjagai keamanan. Bukan membiarkan pendemo bertindak sesuka hati, riuh rendah dan memalukan, ” terangnya dalam sidang akhbar ketika masa berehat Persidangan Kali Ke Tiga Dewan Undangan Negeri Penggal Ke Tiga Dewan Undangan Negeri Yang Ke Dua Belas pagi tadi.
- Lim mengulas tindakan sekumpulan penyokong Umno yang berdemo dan menghamburkan kata-kata kesat, mereka juga membakar gambar Lim Guan Eng serta menaikkan sepanduk kononnya Lim menipu kaum India dalam isu Kampung Buah Pala.
- Lim berharap polis tidak berat sebelah dalam menanganu demontrasi yang dijalankan oleh pendokong Pakatan Rakyat di mana juga selepas ini.
- kata beliau sebelum ini, apa yang berlaku adalah, bila pendokong Pakatan Rakyat berdemo, pihak polis cepat bertindak menahan, menangkap serta bertindak kasar atau mengurung mereka dalam lokap atau diletakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).Lebih malang lagi ada yang cedera dipukul bertalu-talu oleh pasukan polis yang tidak berunifom.



Post a Comment