SUARA BEBAS TUARAN

Sijil Anak Negeri ADUN Sri Tanjong Diragui


Ahli Dewan Undangan Negeri Sri Tanjong, Jimmy Wong Sze Phin didakwa mempunyai taraf Sijil Anak Negeri yang meragukan.
Dakwaan tersebut telah di buat oleh Ahli Dewan Undangan Negeri(Adun) Sekong, Datuk Samsudin Yahya kelmarin semasa membahaskan Bajet Negeri 2010 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN).
  • Beliau juga meminta agar Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) khususnya Majlis Perbandaran Tawau (MPT) mengambil tindakan saman dan undang-undang serta caj terhadap Adun DAP Sri Tanjong itu mengikut peruntukan yang ada.
  • Beliau yang turut menunjukkan beberapa bukti yang menyokong dakwaannya itu ketika perbahasan itu berkata, ini termasuk pencerobohan tanah dan kawasan taman permainan, rumah Adun berkenaan.
  • Perang mulut berlaku antara kedua-dua wakil rakyat itu apabila Samsudin berkata YB Pembangkang itu tidak layak menjadi Ahli Dewan.
  • Katanya, berdasarkan bukti-bukti yang kukuh dan sahih, saya syorkan kepada Dewan yang mulia ini, agar hak-hak kelayakan beliau (Jimmy) dilucutkan serta-merta.
  • “Saya membangkitkan perkara itu bukan untuk mencari kesilapan mana-mana pihak, prinsip saya mudah sahaja “berani kerana benar, takut kerana salah, kalau ini tidak benar, saya cabar beliau (Sri Tanjong) letak jawatan, kosongkan kerusi DUN dan biarkan rakyat menentukan kedudukan beliau,” tegasnya.
  • Menurutnya, ini adalah amanah dan tanggungjawab beliau sebagai wakil rakyat bagi memastikan rakyat Sabah khususnya pengundi di DUN Sri Tanjong, tidak lagi terus di perdaya oleh Adun itu.
  • “Sri Tanjong selalu melemparkan tuduhan tidak berasas kepada kerajaan, bercakap bohong di Dewan yang mulia ini, kononnya menjadi hero membela rakyat,” ujarnya.
  • Pada ketika ini Jimmy berdiri dan memberitahu Speaker (Datuk Juhar Mahiruddin) bahawa Samsudin telah menyeri peribadinya.
  • Menyokong dakwaan Samsudin itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Bugaya, Datuk Ramlee Marhaban yang juga mendakwa Adun Seri Tanjung telah menjalankan projek di Tawau yang boleh menjejaskan alam sekitar.
  • Sementara itu, ketika ditemui di luar Dewan, sama ada beliau akan membuat laporan polis dan kepada SPRM terhadap dakwaannya di dalam Dewan itu, Samsudin berkata, terserahlah kepada sesiapa yang akan membuat laporan.
Sumber: NST
0 comments:

Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails