SUARA BEBAS TUARAN

Sindiket Cuba Seludup Pendatang Tanpa Izin Di Kesan

Labels:

Jabatan Imigresen percaya terdapat sindiket yang cuba membantu membawa masuk Pendatang Tanpa Izin (PATI) dari Indonesia berikutan ramai pendatang yang ditangkap ketika cuba meninggalkan daerah itu secara haram sejak akhir-akhir ini.
  • Ketua Imigresen Tawau Syamil Chelvam Shah Abdullah berkata siasatan lanjut kini sedang giat dijalankan kemungkinan adanya rangkaian sindiket di kalangan pendatang tanpa izin, orang tengah dan pengusaha feri untuk membolehkan mereka meninggalkan Tawau secara haram.
  • “Kami sedang menjalankan siasatan dengan menyeluruh,” katanya pada sidang media ketika mengumumkan penahanan seramai 33 warga asing yang tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah ditahan setelah cuba keluar dan masuk ke negara ini melalui Tawau, tanpa melalui pintu masuk yang diwartakan, pagi kelmarin.
  • Syamil Chelvam berkata, 17 daripada mereka ditahan di kawasan Batu-Batu Sabindo ketika ingin masuk ke negara ini, manakala 16 selebihnya ditahan di Pusat Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) ketika ingin keluar dari negara ini.
  • Kesemua warga asing tersebut katanya berusia di antara 4 dan 60 tahun, terdiri daripada 18 lelaki, 8 wanita, 4 kanak-kanak perempuan dan 3 kanak-kanak lelaki ditahan dalam ‘Ops Pelantar’.
  • Opeasi hampir tiga jam bermula 9.30 pagi itu membabitkan 15 anggota dijalakan di beberapa kawasan iaitu Batu, jeti berdekatan pasar, kompleks Safma dan Kastam Tawau serta kompleks kuarintin Imigresen.
  • Menurutnya kesemua PATI tersebut kini ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 51 (5) (b) Akta Imigresen 1953/63 (pindaan 2002).
  • “Kita akan memperketatkan lagi kawalan pintu masuk di negara ini bagi memastikan ia tidak mudah dibolosi oleh mana-mana PATI dari negara lain,” kata beliau.
0 comments:

Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails