SUARA BEBAS TUARAN

Tunjuk Setia kepada PKR Atau Sertai UMNO ?

Labels:

Selepas menghadapi kritikan bertubi-tubi bahawa beliau gagal menumpukan perhatiannya kepada isu-isu parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya memberi amaran kepada para pemimpin dan anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya menunjukkan taat setia mereka atau berhenti sahaja daripada parti itu, lapor media setempat.
  • Dalam satu ucapan beliau pada Konvensyen PKR di sini malam kelmarin, pemimpin de facto parti tersebut berkata beliau boleh menerima kritikan terhadap partinya tetapi tidak boleh berkompromi dengan para pemimpin dan anggota yang tidak mahu mengikut dasar-dasar parti yang ditetapkan.
  • 'Kesemua anggota parti harus menyokong agenda transformasi, bekerja untuk Pakatan Rakyat (PR) atau dipecat daripada parti,' kata Datuk Seri Anwar, yang dipetik dalam laporan laman berita The Malaysian Insider, semalam.
  • Sumber-sumber dalam parti mengeluh bahawa Datuk Seri Anwar kelihatannya lebih menumpukan perhatian kepada lawatan dan ucapan antarabangsa beliau berbanding menumpukan perhatiannya kepada isu dalam partinya.
  • Menyentuh hal itu, Datuk Seri Anwar berkata pendiriannya itu dibuat menyusuli permintaan ramai pemimpin PKR yang mahukan tindakan tegas ke atas para anggota yang menyeleweng.
  • 'Berikan komitmen anda kepada parti atau tinggalkan sahaja parti dan sertailah Umno,' tegasnya.
Sumber:CyBerita
0 comments:

Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails