SUARA BEBAS TUARAN

Vietnam Siap Sedia Hadapi Pukulan Ribut Tropika Mirinae


Vietnam mula memindahkan penduduknya yang tinggal di kawasan pesisiran pantai semalam sedang ribut tropika Mirinae dilaporkan semakin menghampiri negara itu.
  • Sebelum itu, seramai 20 orang terkorban di Filipina apabila Taufan Mirinae melanda negara itu, pada Sabtu lalu.
  • Taufan itu, bagaimanapun, telah pun reda dan kini dikategorikan sebagai ribut tropika.
  • Pihak berkuasa Vietnam, bagaimanapun, dilaporkan memindahkan 20,000 penduduk daripada kawasan pesisiran pantainya.
  • Perdana Menteri Vietnam, Encik Nguyen Tan Dung, mengarahkan penduduk meninggalkan kawasan berisiko tinggi di lima wilayah.
  • Beliau juga mengarahkan nelayan Vietnam di Laut China Selatan supaya mencari tempat perlindungan.
  • Kawasan tengah Vietnam masih menjalani kerja-kerja membaik pulih kesan daripada Taufan Ketsana, yang mengorbankan lebih 160 orang apabila ia melanda pada September lalu, selepas menyebabkan banjir paling teruk di Manila dalam tempoh 40 tahun.
  • Menurut pegawai pengurusan bencana daerah, Encik Phan Hoang Duong, sekitar 7,600 penduduk, yang sebahagian besarnya warga tua dan kanak-kanak, telah dipindahkan dari wilayah Khanh Hoa.
  • Lebih 11,000 penduduk pula dipindahkan di wilayah Phu Yen dan Binh Dinh.
  • Keadaan di Vietnam dan Filipina dilaporkan masih belum lagi pulih sepenuhnya menyusuli Taufan Ketsana.
  • Di Filipina sahaja, lebih 900 orang dilaporkan terkorban ekoran daripada pukulan taufan tersebut dan dua lagi taufan susulan.
  • Sekitar 87,000 penduduk Filipina masih lagi ditempatkan di pusat perlindungan sementara apabila Taufan Miranae melanda.
  • Sehari selepas Taufan Mirinae membawa hujan lebat dan angin kencang, petugas mula menjalankan kerja mengalihkan pokok- pokok dan tiang elektrik yang tumbang di Manila dan beberapa kawasan berdekatan.
  • Palang Merah menjelaskan bahawa usaha membaiki empat jambatan yang runtuh di kawasan selatan Manila juga sedang berjalan, sementara bekalan elektrik mula dipulihkan secara bertahap-tahap di kebanyakan daripada 22 bandar yang bergelap ketika dipukul Mirinae.
Sumber: AFP, AP, Reuters.
0 comments:

Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails