
Pihak pendakwaan Filipina semalam memfailkan 25 pertuduhan terhadap seorang waris kerabat keluarga Ampatuan yang mereka dakwa terbabit dalam satu kes pembunuhan beramai-ramai yang mengorbankan 57 orang dan dikaitkan dengan satu pilihan raya pada minggu lalu, kata para pegawai.
- Pertuduhan-pertuduhan terhadap Andal Ampatuan Jr itu difailkan di sebuah mahkamah di Cotabato, bandar di selatan Filipina, yang mempunyai kuasa ke atas tempat kejadian yang berlaku pada 23 November lalu, kata pendakwa, Encik Edilberto Jamora.
- Bagaimanapun, pihak berkuasa berkata mereka sedang melihat kemungkinan kes itu dibicarakan di luar wilayah selatan Filipina kerana para saksi khuatir berlakunya gangguan ke atas mereka daripada kerabat Ampatuan.
- 'Mereka keberatan pergi ke mahkamah dan bimbangkan keselamatan mereka dan keluarga mereka,' kata Setiausaha Keadilan Filipina, Cik Agnes Devanadera, kepada wartawan di Manila.
- Kerabat Ampatuan menguasai banyak daerah setempat di wilayan selatan Maguindanao dan mempunyai ratusan pengikut yang membentuk pasukan bersenjatanya sendiri.
- Anggota kerabat Ampatuan lain, termasuk bapa kerabat itu, gabenor Amdal Ampatuan Sr, turut diminta menyerahkan afidavit masing-masing dalam siasatan ke atas pembunuhan di wilayah Maguindanao itu.
- Ampatuan Jr sebelum ini menghadapi tujuh pertuduhan membunuh dalam kes itu.
- Namun, Encik Jamora berkata dia hanya dituduh dengan 25 pembunuhan kerana pihak berkuasa hanya memproses 25 sijil kematian.
- Anggota kerabat Ampatuan itu disyaki membunuh 57 orang termasuk isteri dan adik perempuan pesaing utamanya, Encik Ismael Esmael Mangudadatu, serta beberapa wartawan, peguam dan orang awam lain.
- Pihak pendakwaan berkata, Ampatuan Jr memimpin pembunuhan itu bagi mencegah Encik Mangudadatu daripada menentangnya dalam pilihan raya gabenor pada Mei depan bagi wilayah Maguindanao.
- Pembunuhan beramai-ramai itu menimbulkan kemarahan di kalangan rakyat Filipina dan memalukan pentadbiran Presiden Gloria Macapagal Arroyo, yang diketahui mempunyai hubungan rapat dengan keluarga Ampatuan.



December 2, 2009 7:21 PM
Salam Sdra Bugis_Suluk,
Satelah meneliti secara terperinci komen sdra, saya dapati ia nya disaluti oleh elemen yang sensitif lagi racist.
Menuduh keburukan seseorang atau suku kaum tanpa bukti dan fakta yang cukup ada lah merupakan hasutan yang tidak memenuhi etika penulisan yang sehat.
Kalau dipanjangkan, besar kemungkinan saya boleh diseret kemahkamah pengadilan melalui akta hasutan dan salah laku dalam penulisan.
Berbeza dengan sdra, saya selaku empunya blog yang berdaftar dan berwibawa akan dituduh bersubahat...Dahysat
Justru itu, dengan dukacita saya nyatakan disini komen sdra tidak dapat saya siarkan.
Mohon maaf
Post a Comment