SUARA BEBAS TUARAN

3 Ahli PBS Di Lantik Sebagai PKR Untuk Raih Semula Keyakinan Rakyat

Labels:

Tiga ahli Parti Bersatu Sabah (PBS) dilantik sebagai Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) di kawasan Parlimen Kota Kinabalu sebagai usaha meraih semula keyakinan rakyat kawasan itu terhadap Barisan Nasional (BN).
  • Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman yang juga Pengerusi BN Negeri, berkata kawasan Parlimen itu merupakan kawasan tradisi PBS, tetapi jatuh kepada parti DAP pada pilihanraya umum yang lepas.
  • Bagaimanapun, PKR yang dilantik tidak mencerminkan siapa yang akan dicalonkan pada pilihanraya akan datang, jelasnya.
  • "Perkara ini sepatutnya tidak dijadikan isu. Yang penting semangat terhadap BN masih tinggi selagi semua parti komponen bekerjasama dan memperjuangkan semangat perpaduan daripada mengesyaki antara satu sama lain," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan cek kepada sekolah dan badan-badan bukan Islam Sabah di sini Selasa.
  • Beliau ditanya pemberita tentang tiga ahli PBS yang dilantik itu.
  • Antara yang dilantik ialah Ahli Majlis Tertinggi PBS Chin Tek Ming, yang juga bekas calon Parlimen Kota Kinabalu pada Pilihanraya Ke-12.
Sumber: BERNAMA
0 comments:

Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails