SUARA BEBAS TUARAN

90 Peratus Menyebabkan Pemanasan Bumi Ada Lah manusia

Labels:

Rajendra Pachauri selaku ketua Panel Antara pemerintah PBB (IPCC), menyatakan bahawa mereka yakin 90 peratus punca pemanasan bumi ada lah manusia
COPENHAGEN (Denmark): Persidangan maraton mengenai perubahan iklim dirasmikan di Copenhagen, ibu kota Denmark semalam, dengan amaran mengenai bahaya kemusnahan bagi manusia jika para pemimpin dunia gagal mencapai perjanjian bagi menangani pemanasan bumi.
  • Akibat kemarau, banjir, ribut dan kenaikan aras laut dibentangkan pakar-pakar pada hari pertama sidang selama 12 hari yang puncaknya bakal dihadiri lebih 110 pemimpin dunia, termasuk Presiden Amerika Syarikat, Encik Barack Obama.
  • Perdana Menteri Denmark, Encik Lars Loekke Rasmussen, memberi amaran bahawa dunia memandang kepada Copenhagen bagi menyelamatkan generasi hari muka.
  • 'Dunia meletakkan harapan kepada anda. Sepanjang dua minggu mendatang, Copenhagen akan menjadi Kota Harapan. Menjelang akhir sidang kita harus membawa balik apa yang dikehendaki umat manusia: harapan bagi masa depan yang lebih baik,' tegas beliau.
  • Upacara pembukaan dimulakan dengan filem cereka sains (sci-fi) yang menggambarkan dunia hari muka yang dilanda kemusnahan dan gurun pasir sekiranya para pemimpin gagal bertindak wajar hari ini.
  • 'Tolong selamatkan bumi ini,' kata seorang gadis kecil di akhir filem berkenaan.
  • Sementara itu, panel saintis iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam mempertahankan dapatan bahawa manusia yang menjadi punca pemanasan bumi.
Sumber: AP, AFP, Reuters.
0 comments:

Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails