SUARA BEBAS TUARAN

Dewan Rakyat kecoh Karpal Tuduh Menteri Sebagai Gengster


Persidangan Dewan Rakyat sekali lagi kecoh apabila Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) membangkitkan kemarahan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen dengan mempersoalkan taraf kerakyatannya.
  • Karpal Singh, yang mengambil kesempatan mencelah ketika Ng menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2010 peringkat jawatankuasa bagi kementerian itu, bertanyakan: “Adakah anda seorang warga negara Malaysia dan adakah anda penduduk tetap Australia?"
  • Ng yang tidak dapat mengawal marahnya berkata bahawa beliau adalah 100 peratus rakyat Malaysia dan dilahirkan di Kelantan.
  • “Yang Berhormat sila tarik balik tuduhan bahawa saya memiliki kewarganegaraan lain. Yang Berhormat boleh mengambil dan melihat pasport saya,” katanya kepada Pengerusi DAP itu.
  • Karpal Singh terus mendesak Ng untuk memberitahu perkara sebenar sehingga Menteri Pelancongan itu akhirnya mengakui bahawa beliau pernah menjadi penduduk tetap Australia bagi tempoh 1990 hingga 1993.
  • "Saya dah jawab dah dan sekarang saya bukan PR (penduduk tetap) mana-mana. Yang Berhormat jangan berbohong lagi, saya dah jawab. Kalau you (Karpal) berani keluarkan tuduhan itu, kena akui. Saya minta tarik balik kenyataan itu.
  • "Tetapi sekarang saya ialah rakyat Malaysia sepenuhnya. Saya telah menjawab di dalam dewan yang mulai ini tetapi Yang Berhormat menuduh saya berbohong. Tarik balik dan sila akui tuduhan Yang Berhormat bahawa saya cuba berbohong jika benar mempunyai integriti...cukup...sila tarik balik...tarik balik," katanya.
  • Ketegangan antara kedua-duanya itu turut menyebabkan Karpal Singh menggelar Ng sebagai "menteri gengster", sehingga Timbalan Speaker, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, campur tangan untuk meredakan keadaan dengan meminta Ng beralih kepada topik lain.

Sumber: Bernama

0 comments:

Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails